...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

7 Langkah Bagi Newbie Sebelum Mula Menghantar Email Marketing

Memilih Niche Bisnes Yang Menguntungkan

Teknik Email Marketing Untuk Newbie

Mula Menghantar Email Marketing.
Mula Menghantar Email Marketing.

Mula Menghantar Email Marketing

Mula Menghantar Email Marketing.

Email marketing adalah salah satu cara yang berkesan untuk anda mempromosikan perniagaan anda dan jika kena dengan caranya anda boleh mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Untuk memastikan anda mendapat yang terbaik dari email marketing, anda perlu sedar akan kepentingan beberapa perkara yang akan mempengaruhi keuntungan perniagaan anda.

Untuk membantu anda mencapai mencapai apa yang anda ingin iaitu keuntungan melalui perniagaan anda, cuba ikuti 7 langkah mudah dibawah ini sebelum anda menghantar email kepada para subscriber anda.

Langkah Pertama

Mailing list anda sebenarnya memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan kejayaan anda dalam email marketing kerana jika anda mempunyai mailing list yang besar tetapi mereka bukanlah dari golongan yang meminati niche yang anda promosikan juga tidak berguna.

Contohnya, jika anda mendapatkan email mereka semasa anda mempromosikan niche X, tetapi semasa anda menghantar email untuk mempromosi produk baru, anda mempromosikan niche A, satu niche yang jauh sekali dengan minat mereka.

Mula Menghantar Email Marketing.
Mula Menghantar Email Marketing.

Langkah Kedua

Salah satu aspek yang penting semasa anda menulis email ialah pada bahagian “email subject” dimana anda perlu menggunakan ayat yang mampu menarik perhatian subscriber anda untuk membacanya.

Sekiranya anda menggunakan bahasa yang biasa-biasa saja, sudah tentu mereka tidak berminat untuk membuka malah jauh sekali untuk membaca email yang anda hantar.

Langkah Ketiga

Selain itu juga anda perlulah sertakan butiran-butiran peribadi anda dalam email contohnya nama anda, url ke website/blog anda, nama syarikat dan alamat syarikat.

Ini untuk menambahkan kepercayaan subscriber kepada diri anda dan memudahkan untuk mereka menghubungi anda sekiranya perlu.

Langkah Keempat

Untuk menyemak dan mengenalpasti email mana yang telah dibuka dan URL mana yang telah dilawati menerusi email yang anda hantar kepada subscriber anda, “monitoring scheme” harus dijalankan .

Melalui cara ini anda dapat mengenalpasti email yang bagaimana harus dielakkan pada masa hadapan dan email bagaimana yang perlu digunakan untuk tujuan pemasaran pada masa akan datang.

Mula Menghantar Email Marketing
Mula Menghantar Email Marketing

Langkah Kelima

Adalah lebih baik jika anda turut menyertakan link untuk unsubscribe kepada setiap email yang anda hantar.

Malah menurut peraturan spam, jika anda menghantar sesuatu email yang bertujuan untuk mempromosikan sesuatu produk perlu menyertakan bersama link untuk subscriber tersebut berhenti dari melanggani email daripada pihak anda.

Malah dengan ciri ini juga ianya dapat membantu anda menapis mereka yang tidak berminat dan berminat dengan produk yang anda promosikan.

Langkah Keenam

Elakkan juga semasa menghantar email, anda memasukkan imej dan link yang tidak berfungsi kerana ianya akan menyebabkan maklumat yang anda ingin sampaikan tidak sampai sepenuhnya kepada subscriber anda.

Jadi sebelum anda menghantar email kepada subscriber anda, semak dahulu dan pastikan semua imej dan link berfungsi dengan baik supaya subscriber anda berasa seronok apabila membaca email anda.

Langkah Ketujuh

Berdasarkan apa yang anda telah pelajari sebentar tadi, anda perlu mengambil pengalaman dari perkara-perkara yang lepas contohnya feedback yang subscriber anda berikan mengenai email anda kerana melalui feedback yang mereka berikan anda dapat meningkatkan dan menambah baik strategi pemasaran anda.

Jom mula menghantar Email Marketing hari ini!


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.