...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

7 Nasihat LUQMANUL HAKIM Dalam Mendidik Anak Menurut Al Quran


Siapakah Luqmanul Hakim?

Nasihat LUQMANUL HAKIM
Nasihat LUQMANUL HAKIM

Nasihat LUQMANUL HAKIM

Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan.

Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

“Dan sesungguhnya kami(Allah) telah mengurniakan hikmah(kebijaksanaan) kepada Luqman: Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang, sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan siapa kufur sesungguhnya Allah itu kaya lagi terpuji.”

Surah Luqman; Ayat 12

Dalam sejarahnya Luqman menikah dan dikurniai ramai anak, akan tetapi semuanya meninggal dunia ketika masih kecil, tidak seorang pun hidup hingga dewasa, namun Luqman tidak menangis, kerana hidupnya yang sudah yakin dengan Allah.

Nasihat LUQMANUL HAKIM
Nasihat LUQMANUL HAKIM

Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

Nasihat LUQMANUL HAKIM
Nasihat LUQMANUL HAKIM

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit.

Sama-samalah kita mendidik anak-anak yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita supaya menjadi insan dan hamba-Nya yang taat dan patuh kepada segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.