Langkah Mudah Hasilkan Copywriting Yang Berkesan Dalam Iklan
Teknik Mudah Asas Copywriting Dalam Pengiklanan sesuai untuk produk mahupun servis untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara online mahupun offline.
Copywriting merupakan seni menulis teks yang memikat dan persuasif untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan.
Ia merupakan elemen penting dalam dunia pengiklanan yang berkesan, berfungsi sebagai pendorong utama untuk menyampaikan mesej dan mempengaruhi pembaca atau penonton agar mengambil tindakan yang dikehendaki oleh (marketer) pemasar.
Amat mudah untuk di praktikkan, berkesan & sesuai untuk membuat sales dengan cepat
Dalam artikel ini, kita akan mengenal pasti beberapa asas copywriting yang berjaya dalam pengiklanan.
Teknik Mudah Asas Copywriting Dalam Pengiklanan
Pengiklanan bermaksud proses menjual. Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual.
Ketika anda beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut. Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual kepada pembaca surat khabar tersebut.
Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu di tulis.
Jadi, matlamat kita di dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan (copywriting) yang benar-benar berkesan memikat bakal pelanggan.
Memandangan ayat copywriting adalah seseuatu yang tidak ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.
Satu yang anda perlu tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia berubah-ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa untuk menghasilkan ayat copywriting yang benar-benar berkesan.
Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik promosi yang telah terbukti berjaya.
Di sini, ada 8 teknik mudah ayat promosi copywriting yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.
1. Fokus Kepada Pelanggan, Bukan Kepada Perniagaan Anda
Satu langkah penting dalam copywriting yang berkesan adalah memahami sasaran penonton. Penulis perlu mengenal pasti siapa khalayak sasaran mereka, memahami keperluan, keinginan, dan masalah mereka.
Hanya dengan memahami sasaran penonton secara mendalam, penulis akan dapat menulis teks yang relevan, bermakna, dan merangsang minat pembaca.
Anda tahu, saya rasa sungguh rimas jika ada seseorang datang kepada saya untuk menjual sesuatu dan ayat pertama yang keluar dair mulutnya adalah maklumat mengenai syarikatnya.
“Assamualaikum encik, saya datang dari syarikat ABC dan boleh saya tahu nama encik? Syarikat saya sudah enam tahun beroperasi.“
Anda tahu tak? Saya rasa menyampah jika di sapa sebegitu kerana saya tidak ada banyak masa. Saya rasa lebih baik untuk jurujual tersebut memulakan perbualan dengan menerangkan secara telus mengenai produk yang ingin di jual. Orang putih kata, Straight to the point.
“Assalammualakum encik, Nama saya Auzan dan saya ingin memperkenalkan produk terbaru dari syarikat saya iaitu Vakum mudah alih.“
Kan lebih senang, jika saya berminat, saya akan terus mendengar, jika tidak, saya akan kata, “Maaf, saya tidak berminat”.
Situasi di atas sama sahaja ketika anda ingin menulis copywriting. Copywriting yang bagus haruslah member fokus pada pelanggan. Ketika seorang pelanggan membaca fliers atau pengiklanan anda, mereka akan tertanya di dalam hati,’Apa faedahnya produk ini pada aku?’. Soalan ini anda perlu jawab dengan pantas.
Oleh itu, anda boleh lihat copywriting produk digital di internet, headlines mereka akan menerangkan dengan tepat dan menarik apa yang produk mereka lakukan.
Contohnya,
“Ketahui dengan jelas bagaimana saya menjana pendapatan 100 USD sehari dengan hanya duduk di hadapan komputer 20 minit sehari“
Apabila seseorang membaca ayat di atas, mindanya mula ligat untuk berfikir dan mungkin dia akan membeli produk tersebut.
Namun, selepas anda menulis ayat headlines yang menggiurkan seperti di atas, pada rangkap pertama copywriting terus anda memperkenal diri anda.
Anda perlu ingat, copywriting haruslah fokus pada pelanggan atau pembeli bukan fokus pada anda.
Apabila anda menulis copywriting, pastikan anda sentiasa memikirkan apa yang pelanggan mahu dengar bukannya apa yang anda mahu pelanggan anda dengar dan baca.
Fokus pada pelanggan dan berikan mereka keselesaan.
2. Utamakan kelebihan Produk & Bukan Ciri-Ciri.
Teknik kedua dalam menulis copywriting adalah menulis secara menyeluruh kelebihan-kelebihan produk anda.
Copywriting yang berjaya perlu menonjolkan manfaat dan keunikan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Ketika menulis copywriting, anda perlu utamakan kelebihan produk yang anda jual.
Seorang pelanggan tidak akan mencari warna apa yang ada pada produk anda tetapi mereka mencari faedah-faedah produk yang anda jual.
Penonton perlu difahamkan bagaimana produk atau perkhidmatan itu boleh menyelesaikan masalah mereka atau memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik daripada produk lain.
Kelebihan unik harus ditekankan dengan jelas, dan kata-kata kuasa digunakan untuk menarik perhatian pembaca.
Ciri-ciri produk seperti bahan, warna dan sebagainya haruslah di huraikan pada bahagian akhir copywriting atau dalam bahagian soal jawab mengenai produk anda.
Sepanjang menulis copywriting, ceritakan dengan nada yang konfiden & sangat poyo mengenai produk anda. kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda semuanya perlu di masukkan walau sekecil mana kelebihan itu.
3. Mainkan Emosi Si Pembaca Sepenuhnya.
Teknik ketiga adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si pembaca. Copywriting yang berjaya harus mampu menghidupkan emosi penonton. Penggunaan perkataan yang mengaitkan perasaan seperti sukacita, ketakutan, atau harapan, dapat mencetuskan reaksi emosi yang akan menggalakkan tindakan pembaca.
Selain itu, elemen kreativiti juga penting dalam copywriting. Ia boleh merujuk kepada penyampaian mesej dengan cara yang unik, tidak terduga, atau lucu untuk menarik perhatian penonton.
Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda tumpukan ketika menulis copywriting adalah menulis sesuatu yang boleh membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.
PENTING!! Jangan lakukan perkara di bawah :
“Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad ini“
Lakukan perkara di bawah:
“Awek abang mesti suka jalan-jalan dengan kereta yang cantik dan canggih ni“
Jika anda menggunakan ayat pertama dalam copywriting anda, anda akan lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu apa faedah produk ini kepada mereka.
Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan sejenak.
Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh gunakan ayat di bawah.
“Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda dengan badan baru yang anda miliki.“
Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.
4. Tunjukkan Bukti Yang Kukuh Serta Bina Kepercayaan Prospek.
Pada teknik pertama, saya menyatakan adalah tidak bagus untuk anda menceritakan mengenai anda tetapi lebihkan fokus pada pelanggan anda.
Namun, ia adalah terhad kepada perkara yang tidak perlu.
Untuk menarik pelanggan untuk membeli dari anda, anda perlu ada bukti dan bina kepercayaan dari si pembeli.
Ingin mengetahui lebih lanjut teknik – teknik untuk membina kepercayaan pelanggan pada produk anda? Klik Link dibawah.
<< Teknik Membina Kepercayaan Pelanggan >>
5. Penggunaan USP (Unique Selling Point) Secara Tepat & Berkesan
Guna sepenuhnya USP dalam copywriting anda. USP bermaksud Unique Selling Point.
Kaji apa yang pesaing anda promosikan kemudian kalahkan mereka dengan menjadikan produk anda unik.
Cara untuk menjadikan produk anda unik:
Pertama : Harga Berbaloi
Jual produk anda dengan harga berbaloi (bukan harga murah!) untuk pelanggan beli berbanding dari pesaing anda. Harga berbaloi tidak bermaksud anda akan rugi tetapi wujudkan sesuatu yang boleh membuat pelanggan anda menganggap produk yang anda berbaloi untuk di beli.
Contohnya jadikan produk anda berkualiti tetapi di jual dengan harga yang lebih kurang sama atau tinggi sedikit dengan pesaing anda yang menjual produk yang kurang kualitinya.
Anda boleh juga menjual produk anda dalam bentuk pakej atau bundle pada harga diskaun untuk memaksimakan keuntungan anda pada masa yang sama pembeli juga berpuas hati dapat membeli pada harga yang mereka fikirkan murah. Situasi menang – menang.
Kedua : Kualiti Produk Terjamin.
Produk yang berkualiti seperti berkesan, tahan lama dan mudah untuk di gunakan memang sentiasa menjadi rebutan pelanggan. Jadikan produk anda unik dengan menyertakan bukti bahawa produk anda adalah terbaik dari segi kualiti.
Masukkan data-data kajian anda dan kelulusan dari pihak berwajib.
Ketiga : Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang.
Jika anda menjual secara talian, tawarkan penghantaran percuma ke hadapan rumah. Jika produk yang anda jual rosak, tawarkan produk baru untuk mereka.
Perkhidmatan selepas jualan memang jarang di tawarkan secara serius oleh mana-mana perniagaan. Jadi, anda boleh jadikan ini sebagai senjata untuk menjadikan produk yang anda jual adalah unik.
Masukkan ia di dalam copywriting iklan anda.
Keempat : Produk Yang Eksklusif.
Tunjukkan di dalam copywriting bahawa produk yang anda jual adalah sangat unik dan eksklusif. Beritahu mereka hanya orang-orang terpilih sahaja yang layak untuk menggunakan produk ini.
6. Tulis Copywriting Yang Mudah Baca & Faham
Teknik Mudah Asas Copywriting Dalam Pengiklanan. Gunakan font dan warna yang sesuai untuk memastikan copywriting yang anda tulis akan mudah di baca oleh pelanggan anda.
Kekuatan copywriting terletak pada keupayaannya untuk menyampaikan mesej secara ringkas dan padat. Penggunaan bahasa yang mudah fahami adalah penting untuk memastikan teks dapat dihayati dengan mudah oleh pembaca.
Tulisan headline haruslah lebih besar dari biasa kerana pembaca akan membaca headline anda 5 kali lebih banyak dari copywriting anda. Untuk itu, mudahkan pembaca untuk membaca ayat headlines.
Gunakan bullets untuk huraikan kelebihan-kelebihan produk yang anda jual. Gunakan juga grafik yang cantik dan sesuai untuk mencantikkan copywriting anda.
Letakkan harga dengan jelas kerana selepas mereka membaca headlines, mereka akan mahu tahu berapa harga produk yang anda jual.
Selepas itu, mereka akan mula mencari kelebihan-kelebihan produk yang anda jual.
Anda perlu susun copywriting anda dengan cantik dan tersusun supaya apa yang anda mahu sampaikan akan sampai kepada si pembaca untuk pelanggan.
7.Gunakan Struktur AIDA Dalam Copywriting Anda
AIDA adalah terdiri daripada:
Attention- Perhatian
Interest- Minat
Desire – Keinginan
Action – Tindakan.
Teknik Mudah Asas Copywriting Dalam Pengiklanan. Untuk memaksimakan keuntungan anda melalui pengiklanan yang melibatkan copywriting. Anda perlu ikut susunan teknik ayat jualan yang sudah terbukti keberkesanannya iaitu teknik AIDA.
Pada permulaan copywriting, anda perlu dapatkan perhatian si pembaca untuk terus membaca. Kemudian tanamkan minat untuk si pembaca untuk terus membaca apa yang anda tulis dan apa yang anda promosikan.
Selepas itu, copywriting haruslah memainkan emosi si pembaca seperti yang saya nyatakan dalam teknik kedua untuk menimbulkan keinginan membeli produk yang anda jual.
Ketika ini, anda seharusnya memainkan perasaan si pembaca pada tahap maksimum. Jadikan mereka faham bahawa hidup ini terlalu singkat untuk mereka tidak memiliki produk yang anda jual.
Pada bahagian akhir, tumpukan perhatian untuk menulis copywriting yang mampu membuat si pembaca untuk melakukan tindakan sama ada membeli, telefon anda atau apa sahaja tindakan yang anda cadangkan.
8. Panggilan Tindakan (Call to Action)
Setiap copywriting pengiklanan harus mengandungi panggilan tindakan yang jelas dan berkesan. Panggilan tindakan mengarahkan pembaca untuk melakukan tindakan tertentu seperti “Belanja Sekarang,” “Langgani Newsletter Kami,” atau “Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut.”
Panggilan tindakan yang baik harus menonjolkan manfaat tambahan bagi mereka yang mengambil tindakan serta memberi insentif untuk bertindak segera.
9. Mengujikaji dan Menganalisis
Copywriting yang berjaya melibatkan ujian dan analisis secara berterusan. Copywriter perlu menguji pelbagai elemen seperti judul, panggilan tindakan, dan kandungan teks untuk mengetahui elemen yang paling berkesan dalam mencapai matlamat pengiklanan.
Dengan menganalisis prestasi copywriting, copywriter akan dapat meningkatkan keberkesanannya dari semasa ke semasa.
8. Strategi “Terhad“
Senjata paling utama untuk memaksa pelanggan atau si pembaca melakukan tindakan adalah dengan memanipulasikan strategi terhad. Ada beberapa perkara yang boleh anda terhadkan. Antara perkara tersebut adalah
Pertama : Hadkan Bilangan Produk
Masukkan di dalam copywriting anda bahawa kuantiti produk yang di jual adalah terhad dan mungkin akan habis pada bila-bila masa. Berikan mereka satu perasaan istimewa jika mereka memiliki produk yang anda jual itu kerana ia bersifat terhad.
Kedua : Hadkan Masa
Hadkan sesuatu harga pada masa tertentu atau hadkan pengeluaran produk pada masa tertentu. Reka satu alasan yang munasabah untuk anda hadkan masa anda.
Ketiga : Had Untuk Promosi / Tawaran Terhad
Berikan satu tawaran / bonus atau free gift untuk si pembaca membeli produk dari anda tetapi ia adalah terhad. Jika anda menjual kereta, mungkin anda boleh tawarkan tayar percuma secara terhad.
Penutup Teknik Mudah Asas Copywriting Dalam Pengiklanan
Teknik Mudah Asas Copywriting Dalam Pengiklanan.
Dalam kesimpulannya, copywriting merupakan unsur penting dalam dunia pengiklanan yang berjaya. Dengan memahami asas – asas yang telah dinyatakan di atas, copywriter dapat menghasilkan teks yang berkesan, merangkumi khalayak sasaran, dan mendorong tindakan yang diingini.
Penerapan aspek-aspek ini akan membantu meningkatkan kesan pengiklanan secara keseluruhan, membawa kepada kejayaan kampanye pemasaran yang lebih besar.
Copywriting yang menarik tidak boleh ditiru tetapi ia perlu di buat.
Jika anda tanya kepada copywriter terhebat di seluruh dunia, tiada satu pun yang tahu bagaimana hendak menulis ayat yang tepat. Mereka hanya mencuba, mencuba dan mencuba.
Namun, ada persamaan di antara copywriting iaitu ia di tulis berdasarkan sesuatu.
Saya harap perkongsian ringkas ini menjadi nadi untuk anda terus mencuba menghasilkan copywriting yang mantap dan hebat.
<< Home >>