...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.

Ingin Berjaya Dalam Bisnes? Ini Tips Yang Perlu Anda Lakukan Sebagai Usahawan

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.
10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.

10 tips yang sangat berguna untuk anda aplikasikan untuk berjaya dan memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam semua kerja yang anda lakukan tidak kira dalam perniagaan atau apa sahaja pun.

InsyaAllah, dengan 10 tips yang berguna ini, akan dapat memotivasikan lagi diri anda untuk terus Berjaya tanpa melakukan kesilapan yang selalu di buat oleh usahawan-usahawan di luar sana.

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan

Tips 1 : Say NO to Stress

Inilah yang selalu kita buat!!

Stress apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor2 yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stress ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja.

Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana meraka stress apabila melakukan sesuatu kerja itu.

Salah satu cara untuk menghilangkan stress adalah banyakkan membaca Al – Quran & Berzikir

Tips 2 : Berkongsi Idea & Maklumat Dengan Orang Lain

Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki.

Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.

Eh, betul lah kan kalau idea kalau disebarkan, habislah idea kita tu! Oh, tidak sama sekali.

Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psokologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi.

Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.Dengan menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat kita tidak mempunyai apa2 lagi.

Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

Jadi, bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebarang idea yang ada supaya dapat mengembangkan lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat lagi.

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.
10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Tips 3 : Cuba Duduk Dalam Circle Orang – Orang Yang Hebat & Positif

Anda ingin menjadi hebat dan Berjaya? Caranya ialah anda kelilingi mereka-mereka yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan Berjaya seperti mereka.

Cuba anda bayangkan, jika anda kelilingi ‘Mat Rempit’. Sudah tentu anda akan menjadi seperti mereka kan.

Sebab itu jika selama ini anda merasakan diri anda tidak hebat dan tidak maju, mungkin kerana circle kenalan anda tidak membawa anda ke hadapan.

Tahukah anda? 85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. 

Anda juga akan turut dimotivasikan untuk ke hadapan.

Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi berjaya seperti mereka.

Dan sebaiknya membawa rakan-rakan supaya mereka juga berjaya bersama.

Tips 4 : Cuba Try Perkara Baru

Anda perasan tak yang manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Contoh yang selalu kita lihat, apabila makan di sesebuah restoran, sering kali mereka meminta makanan dan minuman yang sama.

Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang lain dan mencuba makanan yang lain kerana bimbang tidak kena selera mereka. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru yang akan memecahkan momentum kita untuk sering mencuba sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja.

Ini tidak akan memajukan kita kerana sering melakukan benda dan perkara yang sama sahaja. Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘stay’ sahaja disitu dan terus melakukan perkara yang sama.

Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka.

Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita.

Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Tips 5 – Jadikan Role Model Anda Sebagai Ikutan

Ikut jejak langkah idola anda! Ini adalah salah satu cara untuk memotivasikan diri anda. Dengan mengikut jejak langkah idola kesayangan anda, ia dapat memberikan kita lebih yakin untuk mengikuti semua kejayaan yang telah diraihnya.

Sebagai contoh jika anda ingin menjadi seorang penyanyi yang hebat, semestinya anda mengikut jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza yang selalu meraih kejayaan dipersada seni.

Jika anda ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan internet, idola anda mestilah Irfan Khairi.

Dengan mempunyai idola atau pun mentor, diri kita dapat dimotivasikan untuk lebih berusaha mencapai cita-cita sebagaimana idola-idola itu lakukan.

Tanpa idola, ia ibarat terkapai-kapai di awangan.

Tips 6 – Kekalkan Motivasi Diri

Kebiasaanya, untuk sesuatu permulaan anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu.

Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranyauntuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda?

Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Ya, kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu. Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang.

Jadi, motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan.

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.
10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.

Tips 7 – Kurangkan Rasa Malu

Sifat pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang berlebihan seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya.

Berikut adalah tips untuk mengurangkan perasaan malu anda.

1. Pertama sekali yang harus dilakukan adalah cari penyebab malu anda. Misalnya anda merasa salah memakai baju, atau menghadapi situasi yang asing yang membuat anda merasa tidak senang.

2. Lawan rasa malu anda dengan bersikap lebih santai. Rasa malu yang berlebihan akan berakhir dengan kegugupan yang akan membuat anda kelihatan pelik.

3. Usahakan untuk melakukan ‘eye contact’ dengan rakan yang sedang bersembang dengan anda. Jangan sampai rasa malu membuat anda kelihatan sombong atau tidak menghormati orang yang sedang bercakap dengan anda.

4. Jangan takut pada cacian orang. Jika awal-awal anda sudah kalah, maka diri anda akan terus mundur dan perasaan malu itu akan terus berada dalam diri anda.

5. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti artis-artis kita, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Tips 8 – Tulis Matlamat Dengan Jelas

Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk berjaya, untuk mencapai kejayaan, dan macam-macam lagi.

Tetapi sekadar hanya mempunyai matlamat tidak mencukupi kerana ia ibarat angan-angan kosong. Oleh itu, sentiasalah menulis matlamat anda selalu. Kerana dengan menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang.

Dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda anda(separuh sedar) dana akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.

Tetapi, tidak cukup hanya menulis sekali sahaja matlamat anda itu. Anda harus menulisnya berkali-kali  sehingga ia memberi pulangan kepada anda. Sekiranya anda menulisnya berulang-ulang kali, ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Kajian mengatakan bahawan 98% orang tidak menulis matlamat! Kerana?


– Mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut kerana tidak pernah didedahkan.

– Tidak percaya dengan menulis matlamat, ianya memberikan faedah. Kebanyakannya mengatakan bahawa sudah cukup untuk berfikir sahaja matlamat itu tanpa menulisnya. Itu salah!

– Takut menetapkan matlamat dan menulis matlamat kerana takut tidak tercapai.

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.
10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.

Tips 9 – Jangan Sombong Untuk Bertanya

Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang bagus dan hebat, mereka malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu.

Cara termudah untuk belajar ialah dengan bertanya!

Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan.

Terdapat juga individu yang merasakan dirinya amat rendah dan malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu adalah soalan bodoh.

Akhirnya, mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya gagal mencapai cita-cita. Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu dan kembangkannya dan aplikasikan pada diri anda.

Jangan malu untuk bertanya kerana malu bertanya, anda yang rugi.

Bak kata pepatah, “ malu bertanya, sesat jalan.! “

Tips 10 – Pengurusan Masa Yang Efektif

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya.

Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata saya tidak ada masa lah!..

Jadi, pengurusan masa itu sangatlah penting kerana itu adalah salah satu cirri-ciri orang yang berjaya. Pengurusan masa hendaklah di ambil kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu?

Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik.

Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang.

Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Sebab itu disarankan melakukan kerja yang susah dahulu kemudian baru lah melakukan kerja-kerja yang senang.

Pengurusan masa ini  sangat penting kerana Masa itu adalah ibarat emas. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.
10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes.

Penutup : 10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes. Semoga kesemua tips-tips ini memberi manfaat kepada anda. Semoga apa yang dipelajari hari ni dapat diaplikasikan dengan jayanya.

Saya berharap anda tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan yang anda impikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha tanpa kenal erti penat lelah.

Tawakal, Usaha dan Doa..

Orang yang berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan.

Saya mendoakan kejayaan anda dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Semoga anda Berjaya!

Salam success dari saya…


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.