Teknik Rahsia Membina Email List Responsif
Membina email list responsif memerlukan perancangan yang agak teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar sederhana sahaja. Kita sudah tahu kebaikan untuk membina senarai email berkuualiti.
Sekarang, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang responsif.
Pertama: Ketahui Latar Belakang Pelanggan Anda
Untuk memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai, kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber anda berdasarkan produk atau niche anda.
Katakan anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan. Contohnya di bawah:
1. Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan seorang yang gembira.
2. Mungkin perempuan atau lelaki.
3. Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
4. Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
5. Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah, mudah sensitif, rendah diri, pendiam, menyembunyikan perkara sebenar.
6. Sentiasa bernafsu untuk makan.
7. Sentiasa berada di dalam dilemma.
8. Tidak aktif bersukan.
9. Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
10. Suka melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
11. Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
12. Tidak ada masa untuk melakukan senaman.
Senarai kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber saya.
Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini,
“Program kuruskan badan melalui senaman“
Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya kecilkan skop di atas kepada senarai di bawah.
1. Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.
2. Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.
3. Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.
Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar email kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat.
Berdasarkan kriteria yang saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif.
Jadi, ketika saya hendak menghantar email kepada mereka, saya tidak akan sesekali mengecilkan hati mereka.
Dengan ini, list saya akan menjadi lebih responsif dari biasa.
Langkah Kedua Membina Email List Responsif : Menghantar Emel Yang Menggoda
Langkah kedua adalah menghantar email yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.
Teknik menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang subscriber saya mahukan.
Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia tergoda. Langkah tersebut adalah.
1. Percuma
2. Mudah
3. Cepat
Sekarang, berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria untuk jadikan senjata dalam membentuk email menggoda.
Kriteria tersebut adalah sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.
Sekarang, saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk membentuk satu email yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang sangat-sangat responsif.
Lihat contoh email di bawah:
[Badan Kurus] Tips pertama untuk kuruskan badan. Assalammualaikum {First_name} Harap sihat selalu. Anda ingin kurus? Begitu juga dengan saya. Saya selalu menganggap untuk kuruskan badan, saya perlu berusaha kuat. Sebenarnya tidak, kerana, untuk kuruskan badan , saya hanya perlu menjalani beberapa prosedur yang ringkas sahaja. Dengan mengikuti prosuder ini saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 5 KG dalam 3 hari sahaja. Saya sungguh terkejut kerana prosuder yang saya jalani adalah tersangat ringkas dan saya langsung tidak mengjangka bahawa kesannya secepat ini. Saya langsung tidak mengambil sebarang ubat dan ia berlaku dalam keadaan semulajadi. Saya juga tidak mengeluarkan sebarang kos ketika mengikuti prosuder ini. saya harap anda juga boleh mencuba prosuder ini [Di sini anda letakkan link ke blog atau link download untuk pdf] Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas Kepada saya. |
Analisis Email Di Atas.
Jika anda perhatikan email di atas, saya terapkan segala prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat peribadi subscriber saya.
Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh beratus-ratus maklum balas berdasarkan email ringkas di atas.
Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.
Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar email menggoda ini kepada list anda.
Untuk kesan lebih mantap, sentiasa bertanyakan perkembangan mereka yang telah mencuba teknik yang anda cadangkan.
Langkah Ketiga Membina Email List Responsif : Jadikan List Sebagai Rakan Anda.
Subscriber anda juga merupakan manusia dan mereka suka berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia yang lemah ini, anda boleh menjadikan mereka sebagai rakan.
Caranya adalah dengan membuka akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.
Hantar satu email kepada subscriber anda dan jemput mereka untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka amat berterima kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi masalah dengan anda.
Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga. Lama kelamaan, list anda akan menjadi sangat responsif.
Membina Email List Responsif
<< Home >>