...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

8 Tips Dan Teknik Mengawal Hutang Dengan Mudah

Teknik Mengawal Hutang Dengan Betul

Kepentingan Pengurusan Kewangan Yang Betul Dalam Perniagaan

Teknik Mengawal Hutang Dengan Tepat
Teknik Mengawal Hutang Dengan Tepat

Definasi Hutang

Hutang dalam bahasa Arab di sebut Qardh iaitu bermaksud potong.

Hutang dari segi istilah bermaksud memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan gantinya tanpa sebarang tambahan.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (al-Hadid :18)

Syaikh Muhammad Soleh bin Uthaimin merincikan jenis-jenis hutang yang dibenarkan dan hutang-hutang yang dilarang dalam agama.

Antara yang diharamkan dengan tegas ialah mengenakan bayaran lebih dari jumlah yang dipinjam.

Dinamakan juga sebagai riba’.

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang tidak kira samada banyak atau sedikit.

Berhutang atau meminjam dibenarkan dalam Islam.

Namun, Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang.

Dalil Hadis: Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah S.A.W pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda” : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya”. (Hadis Shahih Muslim)

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

Pengurusan Kewangan Yang Teruk Adalah Punca Utama Seseorang Berhutang

1. Membeli Barang Yang Tidak Diperlukan

Berhentilah membeli barang-barang menurut kata hati anda! Jika perlu hindarilah pergi ke pasaraya sekiranya ada kesuntukan wang.

Sebab tahukah anda pasaraya adalah sumber hutang peribadi anda. Tidak ada alasan memanjakan diri anda dengan membeli barang-barang berjenama yang sebenarnya anda tidak perlukan.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

2. Membeli Barang Mengunakan Kad Kredit

Anda menggunakan kad kredit untuk membeli barang-barang yang anda tidak mampu membelinya secara tunai. Jika anda tidak boleh membeli secara tunai hari ini, jangan membelinya! Sesederhana itu rumusnya.

Contohi sesetangah individu yang bijak menguruskan kewangan mereka, mereka mempunyai satu sikap disiplin yang tinggi dan mengamalkan berbelanja dalam kemampuan sendiri.

Jika mereka perlukan sesuatu barang, wang akan dikumpul dan golongan ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu sehingga wang yang dikumpul cukup untuk membeli barang yang mereka perlukan.

3. Membeli Demi Status Sosial

Tips Mengawal Hutang. Dompet adalah tempat menyimpan wang dan surat-surat penting anda. Kacamata hitam melindungi mata anda dari sinaran matahari.

Jika anda selalu membayar mahal untuk produk-produk tersebut demi status sosial, ‘trend’ atau gaya, berbanding dengan fungsinya itu sendiri, bererti anda sengaja mencari masalah.

4. Membeli Kereta Baru Setiap Beberapa Tahun.

Kereta berfungsi membawa anda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Jika anda membeli sebuah kereta baru setiap beberapa tahun walaupun kereta lama anda masih boleh berfungsi dengan sangat baik, maka anda sengaja membiarkan diri anda terjebak dengan masalah berhutang.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

5. Anda Membeli Sesuatu Yang Sebetulnya Boleh Anda Pinjam Atau Sewa.

Jika anda hanya sesekali menggunakan barang tersebut, kenapa anda tidak meminjam dari kawan-kawan anda atau menyewanya saja?Sebagai contoh, saya hampir saja membeli sebuah tangga lipat yang mungkin saya hanya pergunakan setahun 1-2 kali, padahal saya boleh pinjam dari ibu bapa saya.

6. Anda Membayar Harga Normal Bagi Setiap Barang / Perkhidmatan Yang Anda Beli

Salah satu tips mengawal hutang dengan berkesan adalah anda boleh berjimat jika saja anda mahu menunggu membeli barang / perkhidmatan dan membeli-belah pada outlet-outlet yang memberikan ‘discount’.

Bijaklah dalam membeli.

7. Anda Terlalu Mengikut Kehendak Naluri Anda

Walaupun ada yang tahu mereka tidak mampu membeli barangan yang bukan keperluan, tapi semata-mata ingin memenuhi kehendak naluri mereka, ada golongan yang sangup berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak dan keinginan mereka.

Mereka berbelanja di luar kemampuan dari segi kewangan.

Perkara ini terjadi pada dasarnya kerana mereka tidak dapat menguasai keinginan diri dan bertindak secara tidak rasional sehingga mereka tidak sedar bahawa kebiasaan berhutang untuk menjaga reputasi seperti mesti memakai pakaian berjenama mahal dan sebagainya akan membeban mereka dengan masalah hutang.

Selalunya mereka berhutang dengan menggunakan kad kredit kerana barang-barang yang dibeli bukanlah aset yang diterima oleh bank sebagai cagaran. Hutang yang tidak bersandarkan aset selalunya dikenakan kadar faedah yang tinggi oleh pihak bank kerana ianya dianggap sebabagi jenis hutang berisiko tinggi.

Tempoh bayaran bergantung kepada jumlah wang yang dibayar. Jika bayaran yang dibuat adalah jumlah yang minima, individu tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menjelaskan hutang kad kreditnya.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

8. Anda Tidak Mempunyai Rencana Anggaran.

Adakah anda beranggapan bahawa jika anda menunggu dan mencari wang lebih banyak, maka kewangan anda akan pulih dengan sendirinya?

Jika anda berfikiran seperti itu maka anda salah besar!

Anda perlu membuat rencana anggaran yang serius untuk menlangsaikan hutang-hutang anda serta mula membina kekayaan.

Jadi mulailah membuat rencana anggaran sekarang!

9. Anda Tidak Mengoptimumkan Modal Yang Anda Miliki.

Anda harus membuat kesempatan wang anda untuk membuat wang kembali (leverage). Setiap modal yang anda miliki, tidak peduli seberapa kecil, harus digunakan untuk pelaburan.

Jika modal anda tidak dilaburkan, maka wang anda akan kehilangan nilainya kerana faktor inflasi.

10. Anda Berkahwin Dengan Pasangan Yang ‘Shopping Oriented’.

Anda tidak akan keluar dari lilitan hutang jika anda berkahwin dengan seseorang yang selalu membelanjakan wang yang anda hasilkan. Jadi tolong menasihat pasangan hidup anda untuk sama-sama bertanggung jawab terhadap kewangan, demi masa depan yang akan datang.

Ingat, biar susah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

11. Anda Tidak Pernah Dibekalkan Pendidikan Dasar Tentang Tatacara Kewangan.

Ilmu kewangan bukan naluri yang dibawa sejak lahir. Anda harus cukup mendapatkan pendedahan pendidikan tentang tatacara kewangan. Jika tidak, anda mungkin tidak akan kemana-mana, tetapi hidup dalam lilitan hutang.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

12. Anda mempunyai mentaliti ‘ingin cepat kaya’

Anda terlalu obsess ingin mengejar kekayaan dalam sekelip mata. Akibatnya, anda mudah terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya.

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Perkara yang paling asas apabila berhutang untuk membuat pelaburan ialah kadar faedah yang dikenakan oleh pemberi hutang. Kadar faedah yang dikenakan keatas hutang tersebut mestilah lebih rendah daripada untung yang akan diperolehi daripada pelaburan.

Jika sebaliknya, pada akhir pelaburan anda bukan mendapat untung tetapi akan pula dibebani dengan hutang.

13. Anda Mempunyai Tabiat Yang Buruk

Gaya hidup sosial yang sangat bebas tanpa memikirkan batasannya juga boleh  menukar kesenangan jangka pendek / sesaat dengan kesengsaraan jangka panjang, iaitu hutang dan ketidakselesaan.

Sebagai contoh, menghadiri konsert-konsert hiburan, membuat ‘party’ dapat menyebabkan anda mengeluarkan duit yang banyak kepada aspek yang tidak berfaedah seterusnya anda dilitupi hutang.

14. Berhutang Apabila Berlaku Hal Kecemasan Tanpa Diduga

Bukan semua orang suka untuk berhutang.Terdapat juga segelintir golongan yang pandai menguruskan kewangan peribadi mereka.

Walaubagaimanapun, seperti pepatah melayu “malang tidak berbau” dalam keadaan kecemasan seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya, seseorang individu mungkin terpaksa berhutang untuk mendapat wang sebagai jalan penyelsaian untuk keluar daripada musibah tersebut.

Mungkin wang diperlukan untuk membaiki kereta dan sebagainya. Dalam keadaan ini, anda mungking bernasib baik dan dapat meminjam wang daripada kawan jika jumlahnya tidak besar.

Akan tetapi sesetengah orang terpaksa meminjam daripada pihak bank dan sebagainya.

Pada kebiasaanya, hutang kad kredit menjadi pilihan utama untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan yang tidak dibajetkan seperti apabila berlaku kemalangan atau kecemasan yang lain.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

8 Tips Dan Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

Terdapat pelbagai kaedah untuk membayar hutang anda. Bagaimana pun, ia bergantung kepada jumlah hutang dan pendapatan semasa anda. Situasi ini akan menentukan keupayaan anda untuk  berhadapan dengan bayaran bulanan minimum. Ikuti tips yang disediakan di bawah:

1. Akses Situasi Kewangan

Akses kedudukan kewangan anda sebelum merancang mengurangkan hutang kad kredit anda adalah penting untuk mencapai matlamat.

Hitungkan semua pendapatan dan perbelanjaan bilanan anda. Baki jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran atau penggunaan kad kredit anda.

2. Merancang Pengurusan Hutang

Anda perlu membuat rancangan untuk mengurangkan hutang kad kredit. Perancangan hutang yang professional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan.

Bagaimanapun, pastikan bahawa anda telah mempertimbang dan memasukkan semua pilihan pelepasan hutang bagi mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.

3. Melaksanakan Perancangan

Ia bukannya mudah, namun hutang anda perlu dikurangkan. Anda mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun bagi menghapuskan hutang anda sepenuhnya, namun ia penting bagi meningkatkan tahap kewangan anda.

Anda harus menyedari bahawa hutang bukan hanya memberi impak kepada anda, juga rumah tangga anda. Memiliki rekod yang bersih dapat menjamin anda untuk meminjam wang sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

Setelah mengenal pasti situasi kewangan dan membuat perancangan keseluruhan bagi mengurangkan hutang, anda perlu mempertimbangkan bagaimana untuk berjimat.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

4. Lebihkan Pendapatan, Kurangkan Perbelanjaan

Terlebih dahulu, anda perlu memastikan bahawa telah mengeluarkan semua perbelanjaan yang tidak penting. Ia adalah penting bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti jumlah yang boleh dijimatkan dengan mengubah tabiat pemakanan, misalnya makan di restoran yang murah (kurangkan makan di luar).

Membeli barangan runcit berjenama pasa raya berbanding jenama biasa. Anda mungkin perlukan pertolongan bagi menguruskan keewangan anda setiap hari untuk mengurangkan hutang anda.

5. Kurangkan Perbelanjaan

Anda perlu mengenal pasti tujuan perbelanjaan anda. Peluang untuk anda berbelanja adalah lebih tinggi berbanding pendapatan.Ini adalah situasi yang kritikal dimana hutang tidak boleh dihapuskan.

Justeru anda perlu mengurangkan perbelanjaan harian anda terlebih dahulu. Anda perlu berusaha untuk melalui kehidupan yang sejajar dengan kemampuan anda dan bukannya mewah.

Mengurangkan perbelanjaan adalah pilihan yang tepat, mudah dan pantas untuk melihat keberkesannya.

6. Pendapatan Yang Lebih Baik

Cari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan pastikan anda tidak meninggalkan pekerjaan sekarang sehingga anda mendapat pekerjaan yang baru kerana ia akan menyebabkan stress yang berpanjangan.

Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan
Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

7. Cari Part Time (Pekerjaan Tambahan)

Dapatkan pekerjaan part time, pekerjaan sementara untuk menambahkan pendapatan kerja sepenuh masa. Hal ini akan membantu menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan hutang yang anda tanggung.

8. Dapatkan khidmat golongan professional

Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mampu membayar balik bayaran minimum, pilihan terbaik anda adalah dengan mendapatkan firma pengurangan hutang yang berupaya meringankan beban hutang anda dengan menyediakan pembayaran mengikut kaedah semasa anda.

Anda juga perlu mendapatkan bantuan firma yang pakar yang mampu berunding untuk mendapatkan terma-terma imbalan yang baik bagi pelanggan mereka.

Dapatkan juga perhubungan kaunseling kredit yang bukan bermotifkan keuntungan dan syarikat-syarikat konsolasi perhutangan yang boleh membantu mengurangkan pengenaanbunga atas kad kredit misalnya, mengurangkan pembayaran bulanan dan sekaligus, memberikan khidmat nasihat kewangan bagi mengelakan masalah hutang kad kredit  anda pada masa akan datang.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan hutang dengan bank melalui Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Tips & Teknik Mengawal Hutang Dengan Berkesan

Semoga dengan tips yang diberikan dapat menguruskan kewangan anda!


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.