Apa Benda Affiliate Marketing Ni?
Program Affiliate, atau juga dikenali sebagai Program Rakan Kongsi, adalah model pemasaran di mana sesebuah syarikat bekerjasama dengan individu atau pihak luar untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.
Dalam artikel ini, kita akan mengupas tentang asas Program Affiliate dan bagaimana ia berfungsi sebagai saluran pemasaran yang berkesan dalam dunia perniagaan.
Bagaimana Program Affiliate Berfungsi?
Dalam Program Affiliate, syarikat atau penjual biasanya menawarkan komisyen kepada rakan kongsi untuk setiap tindakan yang diarahkan oleh mereka. Tindakan ini boleh berbeza-beza, seperti membeli produk, mendaftar langganan, atau mengisi borang pendaftaran.
Pengiklan atau penjual akan menyediakan pautan affiliate unik untuk setiap rakan kongsi yang mengesyorkan produk atau perkhidmatan mereka.
Pautan ini mengandungi kod pengenalan unik yang membolehkan pengiklan melacak jumlah tindakan yang dihasilkan oleh setiap rakan kongsi.
Sekiranya seseorang mengklik pautan tersebut dan membuat tindakan yang dikehendaki, rakan kongsi akan layak untuk menerima komisyen.
Secara ringkasnya, program affiliate marketing ialah sebuah program agent di internet. Bermaksud, anda (affiliate) akan bertindak sebagai agent (orang tengah) , mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan kemudiannya, anda akan mendapat bayaran (komisen) jika ada pembeli yang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.
Dalam affiliate marketing, anda perlu ada minda peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan. Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman sekarang.
Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk. Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu atau dua produk sahaja.
Sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di produk online.
Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda tidak perlu bermanis lidah.
6 Langkah Untuk Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Program Affiliate Marketing
Tidak mustahil untuk anda memperoleh pendapatan 4 angka menerusi program affiliate marketing dalam masa seminggu atau lebih pendek. Ia bergantung sepenuhnya kepada perancangan anda.
Ada 6 langkah yang selalu di gunakan oleh Internet Marketer (IM) antarabangsa untuk mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa sekejap.
Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliater perlu periksa sama ada dia memiliki 6 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.
You Play Big, You Gain Big.
1. Pilih Program Affiliate yang Sesuai Atau Cari Produk Yang Mempunyai Komisyen Yang Tinggi
Terdapat banyak program affiliate marketing yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat dalam pelbagai industri. Pilih program yang sesuai dengan bidang minat atau niche anda, dan pastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti dan relevan dengan audiens anda.
Untuk Produk, cari senarai produk yang mempunyai nilai komisyen RM 50 ke atas. Cari sebanyak mungkin dan simpankan ia dalam komputer anda.
Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, Tiadalah wang.
Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah promosi anda.
Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.
2. Daftar dan Lengkapkan Pendaftaran
Selepas memilih program affiliate marketing, daftar di laman web syarikat dan lengkapkan proses pendaftaran. Anda mungkin perlu memberikan maklumat peribadi dan maklumat pembayaran untuk menerima komisyen.
3. Dapatkan Pautan Affiliate
Setelah pendaftaran anda diluluskan, syarikat akan menyediakan pautan affiliate unik yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.
4. Promosikan Produk atau Perkhidmatan Dengan Membina Squeeze Page Untuk Setiap Produk
Mulakan promosi produk atau perkhidmatan dengan menggunakan pautan affiliate di laman web, blog, media sosial, atau saluran pemasaran digital lain.
Pastikan promosi anda kreatif dan berkesan untuk menarik perhatian audiens.
Cipta squeeze page untuk setiap produk dan pastikan ia menarik untuk memikat sebanyak mungkin prospek subscribe ke mailing list anda.
Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi.
Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate.
Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder.
Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.
5. Pengetahuan Mengenai Produk Yang Anda Ingin Promosi
Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.
Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli produk yang anda promosikan.
6. Promosikan Squeeze Page Anda dan Teruskan Promosi Produk Affiliate Dalam Mailing List Anda.
Anda boleh pilih untuk promosi secara percuma atau berbayar. Anda boleh pilih sendiri mengikut kemampuan anda. Pantau prestasi pautan affiliate anda dan analisis data untuk melihat kesan dan hasilnya.
Dengan menilai kesan promosi anda, anda dapat meningkatkan strategi pemasaran anda untuk mencapai hasil yang lebih baik.
Ya !! 6 langkah ini sahaja boleh memberi anda pendapatan tanpa had.
Yang menariknya, anda boleh gunakan mailing list tersebut berulang-ulang kali. Yang penting, anda menjaga hubungan antara anda dan subscriber anda.
4 Kelebihan Program Affiliate Marketing
Program Affiliate Marketing menawarkan beberapa kelebihan kepada kedua-dua rakan kongsi dan syarikat:
1. Pendapatan Pasif
Rakan kongsi dapat menjana pendapatan pasif dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan tanpa perlu melibatkan diri secara langsung dalam proses jualan dan penghantaran.
2. Kos Pengiklanan Rendah
Bagi syarikat, program affiliate adalah cara pemasaran yang berkos efektif. Mereka hanya membayar komisyen apabila tindakan diambil, berbanding kos iklan tradisional yang mungkin lebih tinggi.
3. Pengembangan Jaringan
Program affiliate membolehkan syarikat memperluas jaringan pemasaran mereka dengan memanfaatkan rangkaian rakan kongsi yang ada.
4. Peningkatan Jualan dan Kedudukan
Dengan bantuan rakan kongsi yang berdaya maju, syarikat boleh mencapai lebih banyak penonton dan meningkatkan jualan mereka.
Kesimpulannya, Program Affiliate Marketing adalah model pemasaran yang berkesan dan saling menguntungkan. Bagi rakan kongsi, ia merupakan cara untuk menjana pendapatan tanpa melibatkan modal besar, manakala bagi syarikat, ia merupakan peluang untuk memperluas jaringan pemasaran dan meningkatkan jualan mereka.
Dengan pemahaman yang tepat tentang asas Program Affiliate Marketing dan pelaksanaan yang berkesan, ia dapat menjadi strategi pemasaran yang berjaya dalam dunia perniagaan.
<< Home >>