...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

6 Mitos Serta Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Salah Faham Dalam Marketing Yang Sering Dilakukan Usahawan

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Marketing Sangat Penting Dalam Perniagaan Secara Online Atau Offline

Salah faham dalam marketing. Pertama sekali, kita akan menyelesaikan beberapa mitos atau kepercayaan karut dalam marketing dan bagaimana kita harus mengubah pandangan minda kita dengan membuang idea – idea yang salah dari minda kita.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

1. Produk Yang Baik Akan Terjual Secara Automatik!

Karut Marut!! Tidak semestinya anda memiliki produk yang sangat baik, ia akan membuatkan anda menjadi kaya raya.

Mungkin anda pernah mendengar perumpamaan ini :

Bina produk yang canggih, dan semua orang akan datang kepada anda

Mungkin perumpamaan tersebut ada kebenarannya, kerana beberapa dekad yang lalu tidak banyak produk canggih yang dicipta.

Apa yang pasti, ianya tidaklah seperti hari ini dimana teknologi dan innovasi bergerak pantas seiring dengan perkembangan semasa.

Dengan pertumbuhan teknologi, istilah produk canggih tidak lagi menjadi banyak kerana ia tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Setiap hari ada sahaja produk canggih yang diciptakan.

Maka, dengan hanya memiliki produk yang baik tidak bermakna ia akan boleh memasarkan dirinya sendiri dan membuatkan anda kaya.

Pada masa sebelum ini, orang ramai kurang didedahkan dengan iklan – iklan.

Apa – apa sahaja yang dianggap baru akan senang diketahui ramai kerana kurangnya persaingan.

Tapi hari ini, walaupun anda memiliki pembersih vakum yang canggih, pelan insurans ataupun kereta yang boleh terbang, anda tetap akan bersusah payah juga mempromosikannya kerana anda akan bertarung dengan lambakan iklan diluar sana.

Tambahan pula, anda harus meyakinkan para pelanggan bahawa produk anda boleh memberikan kepuasan kepada mereka

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

2. Wajib Buat Marketing Walaupun Anda Mempunyai Produk Yang Terbaik Di Alam Semesta!

Anda harus menyampaikannya kepada para pelanggan anda secara langsung. Anda tidak boleh duduk sahaja, tetapi secara konsisten memberikan maklumat.

Anda harus menyampaikan faedah – faedah produk anda agar dengan kaedah ini, agar lebih ramai yang membeli dari anda berbanding ribuan pesaing anda diluar sana.

Apa yang penting ialah anda harus berani menonjolkan diri. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda adalah sangat berbeza, lebih baik dan luarbiasa.

Anda perlu memiliki kaedah marketing yang unik, dan umumkannya kepada semua orang.

Lakukan tindakan yang boleh ‘mengejutkan’ mereka dan berikan mereka sesuatu yang boleh diingati.

Sebagai contoh:

Jika anda menyertai pemasaran rangkaian (network marketing), anda perlu memikirkan mengapa prospek harus menyertai anda dan bukannya menyertai pesaing anda yang penuh karisma, yang berdiri di atas pentas dengan ribuan pengikut (downline)?

Dengan kata lain, apa yang anda boleh tawarkan menyebabkan anda berbeza dari pesaing lain?

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

3. Panggilan Rambang @ Cold Calling Masih Relevan & Berkesan

Pernahkan anda mendengar istilah panggilan rambang @ cold calling?

Pernahkah anda tahu, mengapa panggilan rambang ini sering diabaikan? Ini disebabkan anda akan sentiasa menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari pihak yang satu lagi.

Tiada seorang pun yang suka menerima panggilan dari ‘orang asing’ – terutamanya orang yang cuba menjual sesuatu kepada anda.

Panggilan rambang merupakan salah satu kaedah yang TIDAK efektif dalam memasarkan sesuatu – dengan membuat panggilan yang mengganggu privasi seseorang.

Disamping itu, anda juga perlu ‘tahan telinga’ dan bersedia untuk menerima penolakan terhadap apa yang anda tawarkan.

Ianya juga langsung tidak membantu untuk memberikan didikan kepada pelanggan anda mengenai produk anda.

Dengan kaedah ‘paksaan’, anda tidak akan kemana.

Pada masa kini, para peniaga tidak lagi bertemu dengan pelanggan sebaliknya pelanggan pula yang mencari peniaga.

Jika pelanggan tersebut bersikap seperti diktator, beliau akan memandang rendah para peniaga dan ini akan menyukarkan usaha peniaga untuk menyampaikan kelebihan produk kerana mereka ini bersikap ‘minda tertutup’.

Orang ramai sekarang lebih selesa untuk mencari sendiri peniaga ataupun penjual yang boleh memenuhi keperluan mereka.

Apa yang akan mereka lakukan ialah dengan menggunakan enjin pencari, Google – taipkan sahaja apa yang mereka inginkan.

Mereka tidak perlukan para peniaga untuk menghubungi mereka dan memberikan informasi tentang produk terbaru dipasaran.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

4. Face to Face Dengan Pelanggan Lebih Berkesan

Jika anda menyertai sesetengah organisasi pemasaran atau syarikat pemasaran rangkaian, selalunya anda akan sering ditekankan untuk sentiasa bertemu dengan prospek atau pelanggan anda untuk membuat marketing bagi pihak diri sendiri atau syarikat.

Tetapi, pernahkah anda membayangkan apakah perasaan prospek anda?

Bayangkan pula diri anda di pihak mereka.

Jika anda seorang jurujual dan anda memandu sepanjang hari hanya untuk cuba bertemu dengan prospek anda setiap kali makan tengahari, ada kemungkinan juga anda akan berasa kecewa atau berputus asa, terutamanya jika para prospek anda tidak begitu gembira untuk berjumpa dengan anda.

Seperti juga dengan panggilan rambang, berjumpa dengan para prospek juga bukanlah satu kaedah yang baik untuk berkomunikasi mengenai promosi walaupun ianya dilakukan secara bersemuka.

Sekali lagi, anda pergi kepada mereka tetapi mereka pula menjauhkan diri dari anda.

Kadang kala anda juga boleh kelam kabut juga kerana mereka bersedia dengan soalan – soalan ‘maut’, sedangkan anda tidak bersedia dengan soalan – soalan diluar jangkaan.

Anda juga mungkin lebih risau tentang kos untuk anda bergerak dan ‘conversion rate’ iaitu kadar pertukaran prospek kepada pembeli kerana anda mengambil masa yang lama untuk menerima penolakan sebelum mampu membuatkan prospek anda bersetuju dengan anda.

Pemasaran (marketing) tidak sama dengan jualan (sales), dan jualan juga bukan bermakna pemasaran.

Jangan terkeliru kerana ramai yang beranggapan marketing dan sales adalah perkara yang sama.

Memulakan perniagaan tanpa kaedah marketing yang betul akan berakhir dengan kekecewaan dan kegagalan.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

5. Pengiklanan Secara Rambang Boleh Buat Sales Berjuta Ringgit

Ramai diluar sana yang meletakkan pelbagai iklan seperti flyer, brosur, kad nama, papan tanda dan objek pengiklanan lain di merata – rata tempat dengan harapan ada seseorang yang akan membuat panggilan atau membuat pesanan.

Ini adalah kaedah yang kuno.

Tanyakan pada diri anda sendiri, jika seorang yang pakar didalam perniagaan internet meletakkan iklan beliau pada papan tanda dan menggantungkannya pada pokok.

Adakah anda fikir prospek beliau akan menghormati beliau sekiranya ternampak iklan beliau di pokok tersebut?

Tentulah tidak! Sama juga dengan anda, sekiranya anda berbuat demikian prospek anda juga tidak akan menghormati anda.

Sia – sia juga untuk anda meletakkan kad nama atau brosur anda diseluruh kawasan dengan harapan sesiapa yang ternampak brosur / kad nama anda akan merasa tertarik dan bersedia untuk menelefon anda, dengan kad kredit ditangan bersedia untuk membuat pesanan.

Sejarah turut menunjukkan walau apapun jenis teknik pengiklanan yang digunakan, tanpa kaedah yang betul untuk menarik pembeli akhirnya akan membawa kepada bentuk pemasaran yang tidak efektif.

Malah lebih teruk lagi, ianya adalah satu PEMBAZIRAN!

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

6. Cepat Jadi Jutawan Dengan Merayu, Mendesak & Memberi Diskaun Keterlaluan Supaya Pelanggan Beli

Percayalah, Desakan Tidak Akan Membantu.

Salah faham dalam marketing. Ramai peniaga rela untuk memanjakan para pelanggan dengan merayu, buang harga, bagi macam – macam Free Gift (sampai tahap hampir bankrupt) dalam usaha untuk memenangi hati pelanggan agar memilih produk / servis mereka.

Peniaga ini akan merayu dan memujuk pelanggan untuk membeli produk / servis mereka tetapi pada masa yang sama para pelanggan ini sedang mengambil kesempatan sahaja.

Sebaik sahaja tawaran atau janji – janji ini tidak lagi ditawarkan, mereka akan menolak anda.

Jangan lakukan kesilapan ini.

Jika anda sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi hati pelanggan, anda sebenarnya menuju kearah kekecewaan sekiranya anda meletakkan pelanggan anda terlalu tinggi.

Para pelanggan juga tidak mudah diperdaya dan mereka sangat bijak.

Jika anda ingin benar – benar efektif dalam perniagaan, anda harus bijak mencari prospek yang memenuhi kriteria (target market).

Bukan semua prospek anda adalah pelanggan yang berkualiti.

Jika anda berhempas pulas untuk menyenangkan semua mereka, perniagaan anda akan sengsara di akhir nanti.

Anda sepatutnya berusaha meyakinkan pelanggan yang berkualiti, walaupun dalam kuantiti yang sedikit berbanding cuba meyakinkan semua termasuk prospek yang tidak berminat.

Ini akan mendatangkan pelbagai masalah seperti isu khidmat pelanggan, aduan dan informasi yang tidak baik yang disebarkan dari mulut ke mulut disebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan hati.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Kisah Benar Disebalik Putus Asa

Anda akan mengalami keadaan ini dengan kerap apabila anda menyertai syarikat pemasaran rangkaian (atau ketika latihan pemasaran).

Bayangkan situasi ini – anda, sebagai agen pemasaran rangkaian dan menyertai syarikat. Mereka mendorong anda ke arah kebebasan kewangan dan menyatakan kesetiaan kepada agen yang mereka lantik, dimana mahu mereka melakukan apa sahaja demi mejayakan perniagaan.

Jangan salah anggap…

Tidak ada salahnya untuk memiliki kemahuan yang tinggi dan mengejar matlamat untuk berjaya. Malah, ianya amat digalakkan agar kita lebih kuat lagi dalam menghadapi cabaran di alam perniagaan.

Tetapi masalahnya ialah, ianya tidak mampu untuk direalisasikan.

Ada sesetengah perniagaan pemasaran rangkaian (sebenarnya banyak lagi diluar sana) memiliki sistem yang baik, manakala selebihnya tidak.

Jika pihak pengurusan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, melakukan perbuatan yang tak beretika atau menggunakan taktik kotor, maka ia merupakan alasan yang baik untuk anda meninggalkan syarikat tersebut.

Terutamanya, apabila anda tidak mendapat hasil atau anda berterusan melabur…namun, tiada perubahan sehinggakan nak bayar bil pun susah!

Ada juga senario yang lebih teruk lagi, dimana sesetengah orang akan cuba memanipulasikan anda dengan mengungkapkan ‘pemenang takkan mudah mengalah’ dan ‘si pengalah takkan pernah berjaya’.

Baiklah, terdapat 2 cara bagaimana anda memerhatikan keadaan ini.

Pertama

Anda tidak mengendahkan nasihat upline anda atau tidak melakukan apa yang perlu untuk berjaya. Anda tidak melakukan apa – apa untuk memperbaiki diri anda atau situasi kewangan anda. Perniagaan anda gagal ataupun bertahan sekerat jalan sahaja. Akhirnya, anda keluar kerana tidak mahu situasi menjadi lebih genting. Kesilapan ini adalah disebabkan anda sendiri dan anda sememangnya layak untuk gagal.

Kedua

Anda mengikuti sistem, melakukan segalanya untuk meningkatkan diri, membina minda berjaya dan sanggup berbuat apa sahaja demi kejayaan. Dalam kes ini, anda harus keluar dengan segera jika anda menemui peluang lain yang akan memberikan kejayaan dengan lebih pantas kerana ianya adalah sia – sia sahaja untuk anda terus berada disana jika ianya statik sahaja.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing
Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Kesimpulan : Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Ok, saya rasa anda faham tentang 2 penyataan di atas.

Persoalannya ialah di kategori manakah anda sekarang?

Anda harus tahu tentang karier anda. Memang penting untuk bekerja keras, tetapi anda juga seharusnya bekerja dengan bijaksana.

Jika anda tidak berusaha gigih, anda memilih untuk gagal dan ini adalah fakta kehidupan.

Namun, jika anda telah berusaha bersungguh – sungguh tetapi tidak berhasil, maka tukarlah strategi dan pendekatan anda!       

Belajar Sesuatu? 


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.