Panduan Teknik Menulis Email Memukau Dan Berkesan
Semua orang tahu, pemasaran melalui email atau email marketing adalah antara teknik pemasaran yang berkesan dan mudah. Untuk membina senarai email yang banyak, anda perlukan squeeze page dan produk percuma yang menarik.
Ini adalah asas dalam membina senarai email.
Namun, perjuangan anda dalam pemasaran email tidak terhenti begitu sahaja. Anda perlukan tukarkan senarai email yang anda miliki kepada wang. Bagaimana?
Jadikan senarai email anda sebagai hamba. Hamba apa? Sudah tentu hamba ilmu.
Anda perlu ada kemahiran untuk mempengaruhi pembaca email anda untuk percaya dan mengharapkan sesuatu dari anda.
Untuk itu, anda perlukan kemahiran untuk menghantar email memukau dan InsyaAllah ilmu ini boleh membantu anda.
3 Perkara Yang Anda Boleh Jadikan Panduan Untuk Teknik Menulis Email Memukau
Dalam mana-mana pemasaran email, ada tiga perkara yang anda boleh jadikan panduan dalam membina hubungan dengan subscriber anda. Tiga perkara tersebut adalah seperti berikut:
Perkara Pertama: Ketelusan.
Ketelusan akan membina kepercayaan. Melalui kepercayaan, anda boleh sedut wang dari email anda. Tunjukkan kepada subcriber anda siapa anda sebenarnya. Apakah laman facebook anda? Apakah laman blog anda? Beri peluang kepada subscriber anda untuk berkenalan dengan anda.
Perkara Kedua : Kredibiliti
Kredibiliti akan membina rasa hormat. Mempunyai kredibiliti yang baik akan meningkatkan populariti anda dan seterusnya akan membina senarai email yang sangat responsif. Manusia suka berkomunikasi dengan manusia yang berjaya.
Perkara Ketiga : Kemahiran Yang Tinggi
Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal seperti pengaturcaraan dan kemahiran menulis ayat akan memberi anda kelebihan dari pesaing-pesaing anda yang lain.
Ketiga-tiga perkara di atas akan memberi peluang kepada anda untuk menerima keuntungan tanpa had dan seterusnya membina empayar perniagaan yang luas.
Email memukau memberi peluang kepada anda untuk berkomunikasi lebih baik dengan subscriber anda. Dalam email marketing, tiada yang lebih penting dari susunan ayat yang tertatur dan menarik.
InsyaAllah, email memukau akan memberi satu suntikan kepada anda dalam proses pemasaran email.
Teknik Menulis Email Memukau
Strategi Memukau Pelanggan Untuk Membeli Dari Anda
Hanya ada satu perkara sahaja yang anda perlu tekankan dalam strategi memukau iaitu ketahui apa yang boleh membuatkan pelanggan anda untuk bertindak.
Dalam strategi pemasaran email, anda tidak boleh berkata-kata secara berhadapan, maka anda tidak boleh untuk mengetahui dengan jelas apa yang pelanggan anda mahu.
Untuk itu, anda perlu bersedia dari segi semua aspek ketika anda menulis email untuk memastikan anda mampu memujuk seramai mungkin subcriber untuk membeli dari anda.
Teknik Menulis Email Memukau
Apa Yang Membuatkan Subscribers Anda Untuk Bertindak?
Ia bukanlah soalan yang mudah untuk di jawab. Malah, ia adalah soalan yang paling sukar untuk di jawab oleh IM yang berpengalaman termasuklah seorang copywriter.
Hanya ada satu cara sahaja untuk menguji perkara apa yang mampu membuatkan subcriber anda untuk bertindak, perkara tersebut adalah terus mencuba.
Terus mencuba adalah permulaan karier hebat seorang copywriter.
Anda perlu terus mencuba untuk mengetahui apa yang boleh mempengaruhi subscriber anda untuk bertindak ? Apa yang boleh membuatkan emosi mereka tidak stabil dan menganggap diri mereka terdesak untuk membeli sesuatu dari anda ?
Apa yang boleh membuatkan subscriber anda untuk membeli atas rasa hormat pada anda? dan bermacam-macam persoalan yang lain.
Untuk memperngaruhi subscriber anda melakukan tindakan, anda perlu pandai bermain psikologi. Anda perlu kenal pasti dengan tepat, apa yang pelanggan anda mahu dan apa kelebihan yang ada pada produk yang anda jual.
Satukan kehendak pelanggan anda dan kelebihan yang ada pada produk anda. Kemudian anda bentuk email memukau yang dapat menghuraikan kesimpulan di atas untuk memikat pembaca email anda.
Kehendak, peluang dan keperluan adalah antara sifat keinginan yang perlu anda permainkan dalam teknik menulis email memukau.
Rangka email adalah terdiri dari tajuk, bahagian pengenalan, isi dan penutup. Tajuk email perlulah menarik supaya subscriber anda membuka dan mambaca email yang anda tulis.
Pemasaran email tidak wujud jika email yang anda hantar tidak di buka oleh subscriber anda. Tidak berguna jika anda memiliki beribu-ribu senarai email, jika yang membukanya hanya terdiri dari beberapa orang sahaja.
Selepas subscriber anda membuka email yang anda hantar, anda perlu pastikan pembaca email anda itu untuk terus membaca. Maka, ayat pengenalan yang menarik perlulah di ambil kira.
Kemudian, anda perlu bermain emosi dengan subscriber anda supaya mereka terus membaca sehingga habis.
Pemasaran email memang nampak mudah, tetapi ia sebenarnya sukar.
Tambahan lagi, pengguna internet kian sedar akan teknik promosi yang di lakukan oleh Internet Marketer (IM) dan mereka mungkin tidak akan terpengaruh dengan promosi yang anda lakukan.
Untuk itu, anda perlu menjadi lain dari yang lain.
Anda perlu pukau pembaca email anda.
Strategi lengkap Teknik Menulis Email Memukau
1. Tarik subscriber anda untuk membuka email yang anda hantar melalui pemilihan tajuk yang menarik.
2. Tulis ayat permulaan yang memikat.
3. Nyatakan isi email dengan jelas dan telus tanpa ada apa-apa perkara tersembunyi.
4. Tutup email dengan penuh emosi.
5. Gunakan p/s untuk kesan maksimum.
Rangka Teknik Menulis Email Memukau
Rangka email memukau adalah seperti berikut:
1. Tajuk Email Yang Menarik
Manusia zaman sekarang sukakan sesuatu yang pantas. Maka, kecenderungan mereka untuk membuang email yang tidak penting adalah tinggi. Tajuk email perlulah menarik dan dianggap penting oleh subscriber anda.
Antara tips untuk menulis email yang menarik adalah seperti berikut:
Menggunakan [Kata Penarik]
Penggunaan [Kata penarik] menjadikan email anda lain dari yang lain. Jika anda perhatikan, penggunaan email dalam komunikasi semakin meningkat.
Setiap individu mungkin menerima 10 hingga 15 email setiap hari dan di tambah dengan aktiviti spam, jumlah email yang di terima mungkin meningkat kepada 20 email.
Masa adalah terhad dan mereka ingin semua perkara berlaku dengan pantas. Penggunaan [Kata Penarik] akan membantu mereka untuk menilai email anda.
Contohnya apabila anda megnhantar email dengan tajuk berikut:
[Luar Biasa] Kurus dalam masa 10 hari.
Kata penarik [Luar Biasa] mentafsirkan email anda mengandungi sesuatu yang luar biasa dan ini akan membuatkan subscriber anda untuk membaca email yang anda hantar. Kata penarik juga berfungsi untuk memperkenalkan diri anda.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, setiap individu menerima sekurang-kurangnya 10 email setiap hari. Maka, untuk memudahkan mereka untuk memilih email yang patut di baca, anda boleh letakkan branding anda di bahagian kata penarik. Contohnya:
[Budakpandai] Teknik memori terkuat.
Meletakkan branding di bahagian kata penarik akan memperkenalkan anda secara tidak langsung. Bagi mereka yang kenal akan anda, secara automatik mereka akan terus membaca email yang di hantar dari anda.
Menjadi tabiat manusia untuk mengetahui sesuatu dari orang yang mereka kenal.
Gunakan tajuk yang indirect
Tajuk yang indirect adalah tajuk email yang boleh menimbulkan keinginan kepada penerima email untuk membuka email yang anda hantar.
Antara tajuk yang berbentuk indirect adalah seperti berikut:
Auzan, anda terlupa beberapa perkara.
Auzan, update untuk kursus perkahwinan.
Saya berikan Auzan sedikit masa.
Tajuk yang indirect memang memberi kesan dalam meningkatkan jumlah klik dan pembukaan email oleh subscriber anda.
Anda juga boleh menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kata penarik dan cara indirect.
Contohnya:
[Tolonglah] Anda ada beberapa hari lagi.
[Sakit hati] Sudah beberapa hari, saya tak online.
2. Ayat Permulaan Yang Menarik
Ayat permulaan yang menarik adalah kunci utama untuk menarik minat pembaca kerana peratusan manusia untuk membaca ayat pertama adalah tinggi. Ayat permulaan yang tidak menarik akan menerbitkan perkataan menyampah dalam diri pembaca.
Jadi, anda perlu berhati-hati dalam memilih ayat permulaan email.
Hanya ada satu perkara sahaja yang anda perlu fokus ketika menulis ayat permulaan yang menarik iaitu teruja.
Matlamat anda hanya satu iaitu memastikan pembaca email anda akan teruja dengan ayat permulaan anda dan seterusnya akan meneruskan pembacaan mereka ke ayat-ayat seterusnya.
Dalam minda manusia, konsep memainkan peranan penting untuk menerbitkan perasaan teruja.
Jika anda mengumpul senarai email dalam niche make money online, konsep seperti ‚
‘100USD sehari dalam masa seminggu‘ akan menerbitkan perasaan teruja.
Jadi, anda fikirkan konsep yang sesuai dengan niche senarai email anda dan kemudian tulis ayat berdasarkan konsep tersebut. Contoh:
Katakan anda mempunyai senarai email niche kewangan, konsep yang anda dapat fikirkan adalah ‚
‘Jimat 100 sebulan melalui membeli belah di pasar raya.‘
Maka, anda boleh tulis ayat permulaan seperti berikut:
Hi! Auzan, Sihat hari ini?
saya terpaksa menghantar email ini kerana rakan saya sangat teruja kerana beliau berjaya menjimatkan 100 ringgit sebulan walaupun membeli belah di pasar raya terkenal.
Yang menariknya, rakan saya telah memilih Auzan untuk mencuba kaedah penjimatan terbarunya.
Bayangkan, sebulan Auzan berjaya jimatkan RM 100, setahun sudah RM 1200(Lepas Road Tax kereta)
3. Isi Email Yang Menarik
Isi email yang menarik sudah tentu akan mengujakan si pembaca. Anda patut meneruskan perasaan teruja tersebut ke dalam isi email yang anda tulis dan menambah sedikit USP dalam kandungan email anda.
USP bermaksud Unique Selling Point iaitu keistimewaan.
Dalam pemasaran email, email yang anda hantar perlulah seringkas dan sepadat mungkin kerana anda hanya ada beberapa minit sahaja untuk mempersembahkan produk atau perkhidmatan anda kepada pembaca email.
Maka, email anda perlulah jelas dan telus dalam menyampaikan maklumat.
Dalam pemasaran email juga, sikap professional perlulah di titik beratkan kerana ia akan memberi ketahanan kepada perniagaan anda.
Kebanyakan Internet Marketer menggunakan cara lama iaitu menulis cerita dongeng ketika menghantar email di mana ia akan ada penghujungnya iaitu perasaan menyampah.
Mungkin sekarang anda menerima jualan yang banyak, tetapi selepas beberapa kali menghantar email dengan cara yang serupa, penerima email anda mungkin tidak mahu membuka email yang anda hantar atau lebih teruk lagi unsubscribe dari senarai email anda.
Untuk menulis isi email yang menarik, anda hanya perlu menulis mengenai masalah dan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Email yang anda tulis perlulah secara telus dan jelas supaya pembaca tahu mengenai apa sebenarnya masalah dan apa penyelesaiannya.
Saya cadangkan anda untuk menulis isi email sebanyak 3 hingga 5 perenggan sahaja. Dahulu, anda boleh menulis sepanjang mungkin, sekarang, ia tidak lagi releven kerana manusia semakin pantas.
Walaupun anda menulis sebanyak 10 perenggan, mereka tetap akan membaca 3 hingga 5 perenggan sahaja.
Katakan perenggan yang mereka baca bukanlah perkara penting yang anda ingin luahkan, sudah tentu ia akan merugikan anda. Perkara ini juga di persetujui oleh beberapa orang IM antarabangsa.
Isi emel yang menarik perlulah terdiri dari 3 hingga 5 perenggan sahaja. Isi tersebut perlulah menceritakan masalah dan penyelesaian dengan sejelas-jelasnya. Di samping itu, ia perlulah di tulis secara telus dan professional.
4. Tutup Email Dengan Penuh Emosi
Ketika menulis penutup email, anda perlulah memainkan sedikit emosi si penerima email.
Gunakan tiga elemen iaitu masa yang terhad, bilangan yang terhad serta kawalan harga.
Dalam teknik email memukau, saya menekankan anda untuk memahami masalah subsriber anda.
Di Malaysia, rata-rata rakyat yang melayari Internet adalah bekerja secara makan gaji. Maka, anda perlu faham bahawa bukan setiap masa mereka ada wang yang lebih untuk di belanjakan.
Jadi, jika anda bijak dan menerima tempahan dari subscriber anda, sudah tentu anda akan menerima jualan yang lebih banyak.
Di samping tiga elemen yang di sebut pada perenggan pertama, anda juga boleh menggunakan tawaran bonus terhad. Contohnya, anda akan berikan produk yang bernilai tinggi jika mereka membeli dalam masa tertentu atau pada bilangan tertentu.
Teknik sebegini selalunya berkesan untuk memukau subscriber anda dan seterusnya memaksa mereka untuk mengikut apa yang anda kata.
5. Penggunaan P.S Untuk Keuntungan Maksimum
Siapa kata dalam email marketing, kita tidak perlukan P.S. Manusia cenderung untuk mengetahui hasil dengan cepat, maka, selalunya mereka akan scroll down untuk membaca kesimpulan yang anda tulis.
Jika kesimpulan anda tertulis belilah barangan sekian-sekian, sudah tentu ia akan merugikan anda kerana pembaca sudah tahu tujuan anda menghantar email adalah untuk menjual sesuatu dan sudah tentu mereka akan mengambil mudah email yang anda hantar.
Berbanding jika anda menggunakan P.S, pembaca akan membaca bahagian P.S dan ini memberi kelebihan kepada anda kerana pada bahagian ini terdapat rumusan untuk keseluruhan email anda.
Saya cadangkan anda untuk menulis empat baris P.S.
1. Pada baris pertama, anda tulis mengenai peluang yang anda beri.
2. Pada baris kedua, anda tulis masalah dengan jelas.
3. Pada baris ketiga, anda tulis penyelesaian manakala pada
4. Baris keempat anda tulis mengenai emosi terhad.
Kesimpulan
Teknik Menulis Email Memukau. Email memukau adalah antara teknik terhebat dalam pemasaran email atau email marketing. Anda tidak perlu bazirkan wang anda untuk menyuruh orang lain menulis email anda kerana ia sangat mudah untuk di lakukan.
Saya percaya, anda hanya perlu ambil beberapa minit sahaja untuk menyiapkan satu email yang memukau.
Namun, ia bergantung kepada kebiasaan anda. Email memukau tidak hanya terhad pada jualan produk sahaja. Ia juga boleh di gunakan untuk menulis email yang berbentuk hubungan seperti bertanya khabar dan sebagainya dengan subscriber anda.
<< Home >>