Cara Buat Sales Produk Affiliate Dengan Betul Dan Berkesan
Baca 13 Tips Affiliate Yang Boleh Anda Cuba
1 : MEMBERI CADANGAN KEPADA PROSPEK
Peranan utama affiliate adalah mencadangkan (rekemen) & BUKAN Menjual. Ramai yang tersilap langkah, membuat promosi dengan niat terlalu mahu menjual. Akibatnya, promosi tersebut kelihatan terlalu “desperate” untuk menjual.
Contoh promosi desperate yang menjual:
“Dapatkan segera ebook bisnes aiskrim ini!”
“Klik disini segera untuk dapatkan ebook hebat ini!”
Itu adalah cara yang kurang tepat.
Sebenarnya, tugas affiliate hanyalah mencadangkan. Bukan menjual. Tugas menjual adalah terletak pada “salesletter” di website jualan ebook. Ibaratkan anda baru sahaja selesai makan mee kari yang paling sedap di kedai Pak Abu. Jadi, apabila anda bertemu dengan rakan-rakan anda.. adakah anda akan kata..
“Cepat! Dapatkan segera mee kari di kedai Pak Abu! Sekarang!” Tentu tidak bukan?
Tetapi, selalunya anda akan bercerita…
“Semalam.. aku first time pergi ke kedai Pak Abu. Tengok kedai macam biasa-biasa je. Tapi sebab lapar, aku orderlah mee kari. Tak sangka betul.. sedap giler mee kari dia.. siap lepastu, aku order bungkus lagi. Bla.. bla.. bla…. korang trylah nanti makan kat sana bila ada masa!”
Nampak tak perbezaannya? Bila kita pasang niat untuk berkongsi dan rekemen.. biasanya kita akan ada banyak idea untuk menulis dan bercerita. Berbanding jika kita hanya berniat nak menjual-jual-jual dan jual. Biasanya nanti kita akan kehabisan idea dan tak tahu nak tulis apa.
Teknik ni sesuai digunakan di Facebook dan blog.
Tips Affiliate Konsisten Dapat Sales
2 : KENALI AUDIENCE/FOLLOWER ANDA!
Ini adalah perkara yang paling penting. Jika anda tahu siapakah audience anda, maka, tidak akan timbul persoalan ebook apa yang paling top atau hot?
Jika anda mempunyai blog atau fanpage yang banyak bercerita tentang resepi, maka adalah lebih sesuai anda mempromosikan ebook berkaitan resepi atau bisnes makanan seperti
1. >> Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah <<
2. >> Panduan Memulakan Bisnes Burger Depan Rumah <<
3. Nak mulakan bisnes makanan dari rumah? Tak ada modal nak sewa kedai? boleh jer mula dari rumah…
>>> Panduan Bisnes Makan Delivery <<<
Adalah TIDAK relevan untuk mempromosikan ebook yang tidak berkaitan seperti berkaitan borong barangan China contohnya ebook Rahsia Taobao , Rahsia Pinduoduo atau Rahsia 1688 di blog anda walaupun mungkin anda rasa ia ebook yang paling hot di pasaran.
Perkara yang paling penting disini ialah, kenali terlebih dahulu siapakah audience (pembaca blog / follower fanpage / subscriber mailing list / rakan-rakan fb) anda.
Selepas anda dah tahu siapa audience anda, barulah pilih ebook yang sesuai untuk dipromosikan kepada audience anda.
3 : FOKUS
Ini satu Tip yang mungkin akan mengejutkan anda! Sebenarnya, semua affiliate yang menjana ratusan dan ribuan ringgit komisyen setiap bulan, mereka sebenarnya hanya mempromosikan 1-2 produk sahaja.
Membuat promosi betul-betul untuk 1-2 produk sebenarnya lebih berimpak tinggi berbanding mempromosikan banyak produk secara “gitu-gitu” je.
Jadi, cuba pilih satu ebook yg anda rasa paling sesuai dengan audience anda (tip #2) dan anda rasa anda boleh “cerita banyak”(tips #1) tentang topik ebook tersebut.
Fokus promote ebook tersebut secara kaw-kaw… Insyallah, anda akan dapat lihat hasilnya..
4 : POWER OF 3/5/7
Tips Affiliate Konsisten Dapat Sales. Setelah anda memilih satu ebook yang betul-betul mahu dipromosikan.
Langkah seterusnya, adalah menulis 3/5/7 artikel yang berkaitan dengan ebook tersebut.
Sebagai contoh. Ebook Pilihan : Bisnes Aiskrim
Maka, anda boleh menulis 3/5/7 artikel yang bertajuk seperti berikut..
– Cara buat aiskrim milo & vanila yang paling simple!
– 15 Jenis Aiskrim Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu!
– 3 Kelebihan & Kekurangan Bisnes Aiskrim
– 5 Kedai Aiskrim Yang Paling Popular Di Dunia
– Kisah Brader Jual Aiskrim Naik Volkswagen
– RM5,000 Sebulan, Jual Aiskrim Secara Part Time!
Pada setiap artikel tersebut, letakkan link afiliate anda pada perenggan terakhir. Contohnya :
“Jika anda berminat untuk mengetahui tentang selok-belok memulakan perniagaan aiskrim, anda boleh dapatkan info lengkap di website “www.bisnesaiskrim.com”
Setelah anda siap menulis 3/5/7 artikel tersebut, maka anda bolehlah letakkan artikel tersebut di..
1. Blog Anda
2. Blog Orang Lain (sebagai guest post/advertorial)
3. Facebook
4. Fanpage
5. Facebook Group
6. WhatsApp Group
7. Telegram Group
8. Linkedin
9. SlideShare
10. Forum
11. Mailing list anda
Jika anda lakukan tips ini, insyallah, ianya pasti akan mendatangkan hasil
5 : BINA KOLAM SENDIRI
Cara yang lebih bijak untuk makan ikan setiap hari adalah dengan membina kolam ikan anda sendiri. Dengan adanya kolam ikan sendiri, anda boleh tangkap ikan tersebut bila-bila masa yang anda mahukan.
Berbanding jika anda tidak mempunyai kolam sendiri, maka anda perlu memancing di pelbagai tempat. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Ikut nasib. Begitu juga halnya dengan menjadi affiliate.
Jika anda sudah ada “kolam” sendiri, maka ianya lebih mudah untuk anda promosikan apa sahaja produk affiliate pada bila-bila masa. “Ikan di kolam” ini boleh berbentuk…
1. Subscriber dalam mailing list anda
2. Subscriber/reader blog anda
3. Members dalam channel Telegram anda.
4. Follower Facebook/fanpage
5. Follower Instagram
6. Subscriber channel YouTube anda.
Setiap platform/channel untuk membuat kolam ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Boleh pilih-pilih mana yang sesuai dengan anda.
6 : IDEA ARTIKEL
Dalam tips #5, saya ada berikan tips agar anda menulis 3/5/7 artikel berkaitan topik ebook yang mahu dipromosikan.
Tapi timbul pula persoalan.. macam mana nak cari idea untuk tulis artikel-artikel tu semua?
Baiklah.. ini salah satu cara yang boleh anda lakukan.
Caranya… Translate & olah semula artikel mat salleh ke bahasa Melayu. Contohnya, search di Google “Instagram tips”, anda akan jumpa berlambak-lambak artikel menarik berkaitan Instagram tips.
Jadi, anda bacalah beberapa artikel dan kemudian, olah semula artikel tersebut dengan gaya penulisan anda ke dalam bahasa melayu.
Mudah kan? Jom buat sekarang!
7 : PENDEKKAN WEBSITE URL AFFILIATE ANDA
URL affiliate yang selalunya agak panjang dan mempunyai nama yang details berkaitan produk yang ingin dijual serta nombor id affiliate anda. Jadi, untuk nampak lebih kemas, anda boleh gunakan peringkas url seperti bit.ly atau tinyurl.com
Secara personal, saya lebih gemar menggunakan bit.ly sebagai peringkas URL . Sebab, bit.ly ada sediakan sekali data analytic (dengan syarat anda daftar free account).
Jika anda mempunyai website blog yang menggunakan wordpress. Anda mungkin boleh install plugin URL shortener seperti ClickMeter untuk memendekkan url link affiliate anda.
8 : BANNER IS DEAD
Jika anda sekadar meletakkan banner di blog anda tanpa ada apa-apa ulasan atau ayat, sama ada di header, sidebar atau sebagainya. Kemungkinan besar untuk anda mendapat jualan, adalah sangat-sangat-sangat rendah. Malah, lebih teruk lagi, tiada siapa yang klik banner tersebut. Contoh seperti dibawah :
Cara yang lebih baik, adalah letakkan banner tersebut di dalam artikel yang berkaitan. Mungkin pada perenggan ke tiga atau pada perenggan yang terakhir.
Contohnya, anda membuat satu post di blog anda tentang “7 Kelebihan Berniaga Aiskrim Secara Part Time!“
Di dalam post tersebut, anda boleh selitkan banner promosi ebook “Bisnes Aiskrim”
9 : JANGAN SHARE TERUS LINK DI POST!
Apabila anda mahu promote link affiliate anda, seeloknya, cuba elakkan post link/url secara direct pada bahagian post di fb.
Cara yang lebih berkesan, buat sedikit ayat “teaser”… dan minta mereka komen “PM” atau apa-apa sahaja di ruangan komen jika mereka berminat.
Setelah mereka tinggakan komen, barulah anda PM mereka dan berikan link tersebut di dalam PM.
Oh yeah! Lebih berkesan lagi, anda upload sekeping gambar yang berkaitan bersama-sama post tersebut. Dengan cara ini, anda akan dapat engagement yang lebih banyak dan lebih ramai yang akan berminat.
Berbanding jika anda post terus link website pada post.
Kebiasaannya.. ramai yang akan sekadar lihat dan scroll sahaja. Tidak komen , tidak like dan tidak klik… sedih… huhu.
10 : CHECK & UPDATE BLOG POST LAMA
Tips ini khas untuk mereka yang sudah lama mempunyai blog. Sedar atau tidak. Kadang-kadang, post-post lama yang pernah kita buat di blog kita, post itulah yang paling tinggi kedudukan ia di SERP (search engine ranking position) bagi sesuatu keyword.
Jadi, cuba luangkan sedikit masa untuk check semula post-post lama di blog kita tu. Dalam artikel tu ada tak apa-apa link affiliate? Kalau tak ada… Maka cepat-cepat update post tersebut dan masukkan link affiliate yang dirasakan sesuai dan berkaitan.
Cara lain, kita juga boleh cuba semak dalam report traffic blog kita, dan cuba cari, post mana yang paling ramai orang baca atau lawati dalam blog kita?
Update post tersebut dan masukkan link affiliate.
Ok! Cepat buat sekarang… Kalau tak.. rugi.. Bak kata omputih.. “You are leaving money on the table bro!”
11 : USAHA DAN SABAR
Tips Affiliate. Kadang-kadang, usaha yang kita buat, tidaklah kita dapat hasilnya secara serta-merta.
Contohnya, macam affiliate ni. Selepas 2 tahun lebih cookies id affiliate beliau tertanam di komputer pembeli. Barulah pembeli tersebut membuat pembelian.
Jadi, usahlah cepat putus asa dan merungut bila usaha promosi yang kita usahakan hari ini nampak macam tiada hasil.
Mungkin belum tiba masanya. Teruslah usaha.. bak kata en ustaz.. rezeki tak pernah salah alamat.
12 : BANTU PEMBELI
Kadang-kadang, ada juga pembeli yang tak pandai isi borang order, atau ada masalah nak isi borang order. Mungkin sebab internet slow atau browser phone/komputer mereka ada masalah.. atau mereka memang tak tahu dan pelbagai lagi alasan.
Jika ada pembeli yang menghadapai masalah ini dan mengadu kepada anda (affiliate). Apa yang boleh anda lakukan, ialah, minta nama, email & phone mereka. Kemudian, anda isikan borang order untuk mereka.
Sudah pastinya, gunakan link affiliate anda untuk membuat order. Kemudian, mereka akan mendapat email invoice. Suruh mereka bayar kepada no akaun yang tertera dalam email invoice tersebut, dan reply email tersebut beserta bukti bayaran.
Kadang-kadang ada juga yang tak tahu nak reply email. Boleh juga minta mereka whatsappkan terus bukti bayaran ke no phone yang tertera di dalam email invoice tu.
13 : QUALITY TRAFFIC VS QUANTITY TRAFFIC
Sering juga berlaku, affiliate buat iklan dan dapat banyak klik. Dari rekod log traffic, ada 500 orang sudah klik iklan mereka, tetapi, malangnya tiada satu sales pun yang diperolehi.
Ada juga affliate yang hanya mendapat 20 klik sahaja tetapi sudah berjaya mendapat komisyen 1 jualan.
Kebanyakkan top affilater, hanya membawa trafik yang sedikit sahaja ke laman jualan, TETAPI, trafik yang sedikit itulah yang paling banyak membeli!
Kebanyakkan trafik yang dibawa oleh top affilater adalah trafik yang betul-betul berkualiti di mana, trafik tersebut adalah trafik yang mempunyai minat serta keinginan yang tinggi untuk membeli.
PENUTUP : Buat Sales Tanpa Kos Marketing
Tips Affiliate! Apa yang penting disini… Pastikan iklan anda di diletakkan pada tempat yang tepat supaya dilihat oleh orang yang tepat.
Diharapkan, info yang diberikan ini dapat membantu anda untuk memulakan langkah di dalam menjadi seorang affiliate yang berjaya. Saya percaya, info-info yang diberikan ini akan dapat membantu anda menghasilkan sekurang-kurangnya satu jualan jika anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Dan ya! Semua teknik yang diberikan di dalam panduan ini adalah merupakan teknik pemasaran percuma, saya faham.. sebagai langkah permulaan, anda mungkin tidak mahu menanggung sebarang risiko dan kurang selesa untuk mengeluarkan sebarang modal untuk aktiviti pemasaran.
Ini adalah langkah yang baik untuk peringkat permulaan..
Jadi, usah berlengah lagi, lekas bertindak sekarang!
Sekian, semoga berjaya!
– TAMAT –
<< Home >>