Fakta Atau Mitos? Jom Kita Buat Kira – Kira…

Untung Banyak Dengan Guna Database Marketing. Katakan anda menjual baju. Untuk mencapai target jualan 10 helai sehari, anda juga memerlukan 50 leads (prospek) baru yang masuk setiap hari..
Katakan cost per lead (CPL) adalah RM5.. (biasanya harga CPL dalam RM5 – RM10, berbeza untuk setiap niche).
Bermakna anda perlu belanja RM5 X 50 = RM250 sehari untuk iklan (Purata Untuk Dapat 50 leads)
Sekiranya anda tak menggunakan Database Marketing, anda akan sentiasa perlu belanja RM250 setiap hari untuk dapatkan 50 leads baru, dan dari situ baru mampu membuat jualan 10 botol.
Dan saya amat yakin anda pasti bersetuju dengan saya, kos iklan biasanya akan terus meningkat mahal dari semasa ke semasa. Dari RM250 naik RM300, naik RM400 dan seterusnya.. kan?

Untung Banyak Dengan Guna Database Marketing
Tapi.. Berbeza pula jika anda gunakan Database. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya ‘bina hubungan’ yang baik dan dapatkan kepercayaan dari Database anda. Tak kisahlah samada mereka dah membeli atau belum..
Dari situ, saya amat yakin proses jualan akan berlaku dengan lebih mudah, setiap kali atau bila-bila masa yang anda nak mempromosikan produk / servis anda.
Percayalah, menjual kepada orang yang dah kenal lebih senang dari menjual kepada orang asing.
Yang bestnya, proses jualan boleh berlaku secara automatik bila anda menggunakan sistem.

Anda dah tak perlu lagi KELUARKAN KOS MARKETING setiap hari sebanyak RM250 seperti kat atas dah lepas tu! Cuma bayar kos bulanan/tahunan servis sistem pengurusan Database tu je.
Anda perlu spend sekali untuk dapatkan Database, lepas tu ‘perah’ duit mereka berkali-kali.. kan best?
Sebab itu bisnes yang menggunakan Database Marketing akan bertahan lama dan lebih mudah berkembang.

Sebaliknya bisnes yang tak menggunakan Database Marketing, mereka akan menggunakan formula “lagi banyak spend duit, lagi banyak jualan yang akan dapat..” Setiap masa struggle untuk mendapatkan pelanggan baru!
Apabila kos iklan meningkat, iklan tidak lagi berkesan seperti diharapkan. Kemudian timbul isu2 teknikal seperti iklan dan Page kena flag, kena block dengan Facebook dan sebagainya, maka di situ bermulalah mimpi ngeri dalam bisnes kerana sudah hilang punca.
Jimat Kos Guna Database
Bisnes perlukan DATABASE, Channel dan sistem. Bukan sekadar iklan semata-mata.
<< Home >>













