...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

8 Sebab Kenapa Perlu Mulakan Bisnes Online Sekarang

Memilih Niche Bisnes Yang Menguntungkan

Cara Bijak Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

Mulakan Bisnes Online
Mulakan Bisnes Online

Mulakan Bisnes Online

Berikut adalah 8 SEBAB kenapa perlu anda memulakan perniagaan online anda sekarang :

1. Dapat Menjana Extra Income

Hanya buat dari rumah. Tidak perlu bersemuka dengan pelanggan anda. Jika dibuat secara part time, anda tidak perlu berhenti dari kerja hakiki anda.

Anda boleh mula dengan berjinak – jinak menjadi dropship di marketplace seperti LAZADA atau SHOPEE.

Nak belajar macam mana nk jadi seller?

Klik BANNER Dibawah

BELAJAR JADI SELLER LAZADA

BELAJAR JADI SELLER SHOPEE

BELAJAR JADI SELLER TIKTOK

2. Flexibility Dalam Berbisnes

Dengan hanya guna smartphone dan laptop, bisnes online boleh dijalankan di mana-mana sahaja.

Kini, terdapat pelbagai perisian dan app yang membolehkan anda menjalankan perniagaan seperti promosi, menjawab soalan pelanggan, memeriksa pesanan, dan banyak lagi dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. 

3. Kos Permulaan Yang Sangat Rendah / Percuma

Memulakan perniagaan yang mempunyai premis dan kedai fizikal pastinya memakan kos yang tinggi.

Sewa, renovation, membayar bil dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit. 

Memulakan perniagaan online?

Dengan hanya beberapa ratus ringgit sahaja anda dapat membeli dot com anda sendiri (.com).


– Facebook percuma.

– Instagram percuma.

– You Tube juga percuma.

Apa yang anda perlukan tidak semestinya modal yang besar, tetapi anda perlukan ilmu berniaga di internet! 

Mulakan Bisnes Online
Mulakan Bisnes Online

4. Sangat Mudah Untuk Mula Bisnes Online

Ramai antara kira mengamalkan internet sebagai sebahagian besar gaya hidup kita.

Kita sering mendapat berita di Facebook, ramai yang menggunakan instagram, kita sering menonton YouTube, mencari maklumat pula menggunakan Google. 

Mengapa tidak gunakan platfom yang kita sedia tahu dan fahami untuk menjana pendapatan pula?

Oleh kerana kita sudah sedia menggunakan internet setiap hari, mempelajari cara menjana pendapatan di internet melalui perniagaan adalah lebih mudah berbanding dengan membuka kedai, yang mungkin kita langsung tiada pengalaman. 

Mulakan Bisnes Online
Mulakan Bisnes Online

5. Kebebasan Membuat Pilihan

Adakah ianya terlewat sekiranya kita ingin mulakan perniagaan?

Jawapannya tentulah tidak.

Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an. 

Ramai antara kita mempunyai matlamat dan niat untuk mulakan perniagaan tetapi, merasakan ianya terlewat oleh kerana umur.

Perniagaan internet membolehkan anda bebas membuat pilihan.

Anda boleh memulakan perniagaan yang anda idamkan pada bila-bila masa sahaja.

Pilihannya di tangan anda. Sama ada anda mahu ataupun tidak. 

Mulakan Bisnes Online
Mulakan Bisnes Online

6. Pantas Mendapat Keuntungan Dengan Bisnes E-Commence Berbanding Kedai Fizikal

Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih pantas menjana keuntungan melalui perniagaan internet.

Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah, tambahan kos overhead bisnes Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan, ianya lebih mudah dan pantas. 

Bandingkan sekiranya kos memulakan perniagaan adalah RM30,000 berbanding dengan kos memulakan perniagaan online yang boleh bermula pada RM300.

Yang mana satu anda dapat cover cost anda dengan lebih pantas? 

Nak mulakan bisnes E-Commence anda sendiri?

KLIK BANNER dibawah untuk mula belajar membuat website kedai online anda.

Dengan kos yang sangat rendah ada dapat membina sendiri kedai online anda!

7. Kebebasan Masa

Dapat lebih masa bersama keluarga.

Tidak terikat dengan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Boleh bersama mereka pada bila-bila masa sahaja, dan kebebasan kewangan membolehkan melakukan apa yang ingin dilakukan bersama keluarga. 

Bisnes Online memberi pulangan yang tidak dapat dijual beli, iaitu kebebasan masa bersama mereka yang tercinta! 

Mulakan Bisnes Online
Mulakan Bisnes Online

8. Mudah Access Kepada Ilmu & Mentor

Waktu sekarang terdapat banyak channel untuk belajar ilmu bisnes online secara percuma atau berbayar. Hanya bergantung keapada anda mahu atau tidak sahaja.

Jika anda melayari google atau youtube, bersepah – sepah sifu atau marketing expert mengajar ilmu bisnes online.

Ada juga yang menjual ebook sebagai panduan & rujukan kepada anda dengan harga yang sangat murah & berbaloi.

Anda hanya perlu luangkan sedikit masa untuk belajar atau mencari guru / mentor.

Saya sudah mula! Sekarang sudah tiba masanya anda pula cuba mulakan bisnes online anda!


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.