...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

8 Tips Affiliate Untuk Newbie


Perkara – Perkara Yang Newbie Patut Tahu Sebelum Terlibat Dalam Program Affiliate

Tips Affiliate Untuk Newbie

Tips Terbaik Untuk Newbie

Tips Affiliate Untuk Newbie

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan.

Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini. Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Tips Pertama : Pemasaran Affiliate Bukan Menjanjikan Duit Mudah

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah.

Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini.

Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate.

Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

Tips Affiliate Untuk Newbie
Tips Affiliate Untuk Newbie

Tips Kedua : Jangan Terlalu Tamak dan Mempromosi Beberapa Produk Serentak

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak.

Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate.

Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

Tips Ketiga : Jangan Langkaui Proses Pembelajaran

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate.

Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

Tips Keempat : Sentiasa Menjadi Unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat.

Jika anda meniru orang lain, anda tidak akan kemana – mana.

Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang.

Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka.

Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan plan tindakan untuk anda sendiri.

Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

Tips Affiliate Untuk Newbie
Tips Affiliate Untuk Newbie

Tips Kelima : Bersabar Untuk Berjaya

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma.

Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda.

Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha.

Ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit.

Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya.

Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba.

Jangan sesekali berhenti jika anda gagal.

Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

Tips Keenam : Simpan Duit Anda

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran.

Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan “make money online” di internet.

Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan tindakan.

Jimat wang anda.

Sebelum membeli sesuatu produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut.

Selepas itu ambil tindakan untuk merealisasikan impian anda.

Tips Ketujuh : Belajar Berdisiplin

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin.

Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan.

Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

Tips Affiliate Untuk Newbie
Tips Affiliate Untuk Newbie

Tips Kelapan : Jangan Berhenti Bekerja Jika Anda Tidak Stabil

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan.

Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

Tips Affiliate Untuk Newbie

Penutup / Kesimpulan : Tips Affiliate Untuk Newbie


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.