Promosi Produk Affiliate Dengan Cara Yang Tepat & Berkesan Kepada Bakal Prospek
Panduan Promosi Produk Affiliate.
Seperti yang anda tahu, langkah pertama untuk promosi produk affiliate adalah squeeze page.
Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page tersebut ?
Di bawah ada menunjukkan cara ringkas bagaimana untuk melakukan promosi untuk terus dapat pembeli yang berminat.
Cara 1 : Direktori Pengiklanan Percuma
Buka google dan buat carian ‘iklan percuma.’
Di sana terdapat banyak laman web yang menyediakan pengiklanan percuma.
Pelawat yang melawat laman web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.
Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman web anda di sini.
Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun lain.
Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini.
Pelbagaikan headline anda. katakan anda melakukan promosi produk kuruskan badan, anda boleh menulis headline berikut.
“Cara mudah untuk kurus“
“Sebulan turun 5 kg“
“Pasti kurus dengan (nama produk anda)“
“Kalau anda gemuk, click sini untuk kuruskan badan“
Mungkin ada manusia yang melakukan carian di search engine menggunakan kata kunci di atas.
Jika ada, anda memang bertuah.
Cara 2 : Blogging / Website
Gunakan Laman Web atau Blog. Memiliki laman web atau blog adalah cara yang hebat untuk mempromosikan produk affiliate.
Buat kandungan berkualiti yang menarik pembaca dan beri ulasan jujur tentang produk tersebut.
Anda boleh mula menulis di blog / website mengenai topik yang anda ingin promosikan atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan comment pada artikel mereka.
Bergantung kepada kerajinan anda.
Jika anda rajin untuk menulis, silakan.
Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.
Gunakan teknik optimasi enjin carian (SEO) untuk meningkatkan kedudukan laman web atau blog anda di hasil carian.
Dengan begitu, lebih banyak orang akan menemui kandungan anda dan mungkin mengklik pautan affiliate.
Cara 3 : Pemasaran Forum
Seperti biasa, di forum anda boleh promosi produk affiliate anda melalui siggy atau di bahagian pengiklanan.
Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia adalah proses jangka panjang.
Jadi, janganlah membuat musuh apabila berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.
Awas!! Jangan lakukan SPAM.
Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.
Teknik Membina Kredibiliti Anda di Forum
Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca orang yang mereka hormat menulis.
Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti anda untuk mengeluarkan pendapat.
Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-
– Sentiasa jujur dalam ulasan.
– Ada prinsip ketika memberi komen.
– Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
– Sentiasa memberi kritikan yang membina.
Di atas adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan ketika berforum.
Cara 4 : Sosial Media Marketing
Berkongsi di Media Sosial. Manfaatkan kekuatan media sosial untuk mencapai audiens yang lebih luas. Berkongsi pautan affiliate di platform seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan LinkedIn. Laman web seperti facebook, instagram, Twitter, TikTok & etc. memang mempunyai trafik yang tinggi.
Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page, minta rakan-rakan anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.
Cara 5 : Instant Message
Instant message seperti Fb mesenger, Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika melakukan promosi.
Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page mereka di bahagian status.
Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika anda mempunyai senarai rakan yang ramai.
Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM.
Katakan anda pakar dalah PHP, anda boleh membuat kursus secara percuma melalui Instant Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh dapat hasil yang memberansangkan.
Cara 6 : Guna Aplikasi (Apps)
Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan memberi advantage kepada anda.
Jika anda promosi produk kuruskan badan mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.
Cara 7 : Pengiklanan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.
Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads, google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.
Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi seperti portal berita.
Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa ranking di alexa.com atau boleh tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik yang di terima laman webnya.
Cara 8 : Gunakan E-mel Pemasaran
Bina senarai melanggan dan gunakan e-mel pemasaran untuk menghantar kandungan yang berguna dan menarik. Jangan lupa sertakan pautan affiliate jika sesuai.
Cara 9 : Video Pemasaran
Buat video ulasan atau tutorial tentang produk dan muat naik ke platform seperti YouTube. Video adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada audiens.
Cara 10 : Promosi Berbayar
Pertimbangkan untuk menggunakan iklan berbayar seperti Google AdWords atau Facebook Ads untuk mempromosikan produk affiliate. Walau bagaimanapun, pastikan anda menguruskan perbelanjaan iklan anda dengan bijaksana.
Cara 11 : Pengaruh Influencer
Berkolaborasi dengan pengaruh atau influencer dalam pasaran niche anda. Pengaruh mempunyai audiens yang setia dan boleh membantu meningkatkan jangkauan promosi anda.
Cara 12 : Berikan Insentif
Tawarkan insentif kepada orang yang membeli melalui pautan affiliate anda, seperti diskaun khas, hadiah, atau produk percuma. Insentif ini dapat meningkatkan daya tarikan produk anda.
Cara 13 : Pantau dan Tindakbalas
Selalu pantau prestasi promosi anda. Gunakan analitik untuk mengukur trafik, klik, dan penjualan yang dihasilkan. Jika sesuatu tidak berfungsi, cuba strategi lain dan sentiasa tindak balas kepada pertanyaan dan maklum balas pelanggan.
Kesimpulan
Ingatlah bahawa promosi produk affiliate memerlukan usaha yang berterusan dan tidak akan memberikan hasil semalaman. Dengan konsisten dan berusaha dengan bijaksana, anda boleh mencapai kejayaan sebagai affiliate yang berjaya.
<< Home >>