...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

10 Kesilapan Affiliate Marketer Baru (Newbie) Yang Sering Dilakukan Ketika Mempromosikan Produk Affiliate.

Kepercayaan Karut Dalam Marketing

Kenali Kesilapan Affiliate Marketer Newbie

Kesilapan Affiliate Marketer.
Kesilapan Affiliate Marketer

Kesilapan Affiliate Marketer. Pemasaran rakan kongsi (affiliate marketing) telah menjadi salah satu kaedah yang popular dalam dunia perniagaan dalam talian. Dengan pelbagai syarikat yang menawarkan program rakan kongsi, ramai individu tertarik untuk menyertai bidang ini sebagai pendapatan sampingan atau mungkin sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Namun, seperti dalam apa jua bidang perniagaan, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh affiliate marketer baru ketika mereka cuba untuk mempromosikan produk affiliate.

Kebanyakan newbie tewas dalam peperangan affiliate di sebabkan kesilapan kecil dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan perjuangan. Ada beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh newbie affiliate.

Artikel ini akan mengupas beberapa kesilapan tersebut dan memberikan panduan untuk mengelakkan mereka.

Kesilapan Affiliate Marketer
Kesilapan Affiliate Marketer

1. Salah Memilih Program Atau Tidak Memahami Produk & Target Market Affiliate

Salah satu Kesilapan Affiliate Marketer paling biasa yang dilakukan oleh affiliate marketer baru ialah tidak memahami produk atau pasaran sasaran mereka dengan baik. Ini boleh mengakibatkan usaha pemasaran yang tidak efektif dan tidak memberikan hasil yang diharapkan.

Sebelum memulakan promosi, penting untuk memahami dengan mendalam tentang produk yang dipromosikan dan menyelidik pasaran sasaran untuk mengenal pasti keperluan dan keinginan pelanggan potensial.

Seperti yang saya nyatakan dalam bab sebelum ini, seorang newbie selalunya lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum promosikan produk tersebut.  

Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web tersebut, pastikan anda bertanya dahulu soalan sensitif kepada pemiliknya seperti bukti pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada pembeli.

Nak tahu bagaimana cara betul memilik produk affiliate? Klik link Dibawah

>> Tips Memilih Produk Terbaik Affiliate <<

Kesilapan Affiliate Marketer
Kesilapan Affiliate Marketer

2. Masuk Banyak Sangat Program Affiliate Atau Mempromosikan Terlalu Banyak Produk

Tolonglah!! Janganlah tamak sangat. Buat satu persatu. Pilih satu produk, buat squeeze page kemudian promosi, barulah nampak professional.  Bila dah stabil sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya.

Ini satu Tip yang mungkin akan mengejutkan anda!

Sebenarnya, semua affiliate yang menjana ratusan dan ribuan ringgit komisyen setiap bulan, mereka sebenarnya hanya mempromosikan 1-2 produk sahaja.

Membuat promosi betul-betul untuk 1-2 produk sebenarnya lebih berimpak tinggi berbanding mempromosikan banyak produk secara “gitu-gitu” je.

Terdapat banyak peluang untuk mempromosikan pelbagai produk affiliate, tetapi cuba untuk mengikuti prinsip “kurangkan, fokus, dan spesifik.”

Affiliate marketer baru seringkali terlalu bersemangat untuk mencuba mempromosikan banyak produk serentak tanpa memberi tumpuan yang mencukupi kepada setiap satu daripadanya.

Akibatnya, iklan mereka menjadi kabur dan tidak memberikan kesan yang diinginkan.

3. Tidak Membeli Produk atau Menggunakan Servis Yang di Tawarkan.

Kesilapan Affiliate Marketer. Memang anda tidak perlu membeli produk untuk berdaftar sebagai affiliate, tetapi anda perlu tahu apa yang ada dalam kandungan ebook tersebut sebelum  melakukan promosi. 

Jika anda tidak mampu untuk beli, anda boleh mengolah kandungan ebook tersebut berdasarkan review affiliater yang lain.

Kesilapan Affiliate Marketer.
Kesilapan Affiliate Marketer

4. Teknik Promosi Terlalu Desperate Nak Menjual

Kesilapan Affiliate Marketer. Ramai yang tersilap langkah, membuat promosi dengan niat terlalu mahu menjual. Akibatnya, promosi tersebut kelihatan terlalu “desperate” untuk menjual.

Contoh promosi desperate yang menjual.

“Dapatkan segera ebook bisnes aiskrim ini!”

“Klik disini segera untuk dapatkan ebook hebat ini!”

Itu adalah cara yang kurang tepat. Sebenarnya, tugas affiliate hanyalah mencadangkan atau rekemen sesuatu produk. Bukan menjual. Tugas menjual adalah terletak pada “salesletter” di website jualan ebook.

Bila kita pasang niat untuk berkongsi dan rekemen. Biasanya kita akan ada banyak idea untuk menulis dan bercerita.

Berbanding jika kita hanya berniat nak menjual-jual-jual dan jual.

Biasanya nanti kita akan kehabisan idea dan tak tahu nak tulis apa.

5. Suka Letak Banner di Blog Atau Website

Jika anda sekadar meletakkan banner di blog anda tanpa ada apa-apa ulasan atau ayat, sama ada di header, sidebar atau sebagainya. Kemungkinan besar untuk anda mendapat jualan, adalah sangat-sangat-sangat rendah. Malah, lebih teruk lagi, tiada siapa yang klik banner tersebut.

Cara yang lebih baik, adalah letakkan banner tersebut di dalam artikel yang berkaitan. Mungkin pada perenggan ke tiga atau pada perenggan yang terakhir.

Seperti dibawah, sesiapa yang ingin belajar cara buat duit dengan affiliate program dengan cara yang tepat & mudah, klik banner dibawah:

6. Suka Share Terus Direct Link di “Post” Media Sosial

Apabila anda mahu promote link affiliate anda, seeloknya, cuba elakkan post link/url secara direct pada bahagian post di fb.

Cara yang lebih berkesan, buat sedikit ayat “teaser”… dan minta mereka komen “PM” atau apa-apa sahaja di ruangan komen jika mereka berminat.

Setelah mereka tinggakan komen, barulah anda PM mereka dan berikan link tersebut di dalam PM.

7. Tidak Meneroka Pelbagai Platform Pemasaran

Seringkali, affiliate marketer baru terjebak dengan satu atau dua platform pemasaran sahaja. Ini boleh menyekat potensi mereka untuk mencapai lebih banyak pelanggan.

Sebagai seorang affiliate marketer, penting untuk meneroka pelbagai platform pemasaran seperti blog, media sosial, e-mel pemasaran, iklan berbayar, dan lain-lain.

Dengan merangkumi pelbagai platform, peluang untuk menarik pelanggan menjadi lebih luas.

Kesilapan Affiliate Marketer
Kesilapan Affiliate Marketer

8. Mengejar Keuntungan Segera

Mempromosikan produk affiliate memerlukan kesabaran dan usaha yang konsisten. Salah satu kesilapan yang sering dibuat oleh affiliate marketer baru ialah mengejar keuntungan segera dan mengharapkan hasil yang cepat.

Kejayaan dalam affiliate marketing biasanya memerlukan masa untuk membina hubungan dengan pelanggan dan mendapatkan kepercayaan mereka.

Fokuslah pada memberikan nilai kepada pelanggan dan keuntungan akan datang dengan sendirinya.

9. Tidak Mengukur dan Menganalisis Prestasi

Sebagai affiliate marketer, penting untuk mengukur dan menganalisis prestasi promosi anda. Ramai pemula tidak mengambil masa untuk melihat data dan statistik untuk menilai kesan kampanye pemasaran mereka.

Tanpa analisis yang tepat, sukar untuk memahami apa yang berfungsi dan apa yang tidak.

Dengan menilai prestasi, anda dapat mengenal pasti strategi yang berjaya dan terus memperbaiki kelemahan.

10. Tidak Berkomunikasi dengan Pemilik Produk

Berhubung dengan pemilik produk adalah langkah yang bijak untuk dilakukan oleh affiliate marketer. Bekerjasama dengan pemilik produk dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang produk, serta akses kepada sumber pemasaran dan bahan promosi yang berguna.

Jangan ragu untuk berkomunikasi dengan pemilik produk dan bertanyakan soalan jika perlu.

Kesilapan Affiliate Marketer
Kesilapan Affiliate Marketer

Kesimpulan

Kesimpulannya, affiliate marketing merupakan bidang yang menarik dan berpotensi memberikan pendapatan yang lumayan.

Namun, untuk mencapai kejayaan, affiliate marketer baru perlu mengelakkan kesilapan yang telah dinyatakan di atas dan mengamalkan strategi pemasaran yang berkesan.

Bersabarlah, konsistenlah, dan terus belajar dan beradaptasi dengan pasaran untuk mencapai matlamat pemasaran anda.


Home


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.