...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

Ciri – Ciri Usahawan Berjaya Dunia Dan Akhirat

Email Marketing Guna Autoresponder

Perkara Yang Wajib Dilakukan Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Ciri Usahawan Berjaya
Ciri Usahawan Berjaya

35 Ciri – Ciri Usahawan Berjaya Yang Boleh Anda Contohi

Anda seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dunia dan akhirat? Tapi semua perkara yang anda lakukan seperti sia-sia sahaja kerana semuanya tidak menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda sendiri tahu dimanakah silapnya?

Jika kita ditanya, siapakah yang mahukan kejayaan? Sudah tentu semua orang inginkan kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk mencapai sesuatu kejayaan itu?

Adakah anda tahu?

Usahawan-usahawan yang berjaya itu adalah seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan.

Usahawan Berjaya juga memerlukan daya minda seorang jutawan.

Minda jutawan adalah minda usahawan yang berjaya.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

Apakah dia sifat dan elemen yang perlu ada pada diri seorang usahawan?

Apabila diterjemahkan kepada praktis perniagaan sebenar, nilai keusahawanan ini boleh diukur dari keberanian pengusaha untuk berpisah dengan simpanan atau wang pinjaman untuk melaksanakan idea dan impian yang jauh ke hadapan.

Usahawan sentiasa berupaya mencari dan merebut peluang seterusnya melaksana dengan jayanya. Ini mungin berasaskan pada satu kebolehan luar biasa fikiran untuk mengikut naluri yang positif.

Seorang usahawan yang berjaya adalah usahawan yang rajin bekerja, berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburi. Mereka ini juga sangat tekun dan tidak mudah berputus asa untuk melakukan sesuatu.

Kegagalan adalah guru kepada mereka.

Dan kegagalanlah yang akan mengajar mereka untuk terus berjaya. Jika seseorang itu berniaga untuk mencari rezeki, maka lebih mudah untuknya beroleh kejayaan.

Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

Mari Kita Lihat Apakah Ciri-Ciri Yang Ada Pada Seorang Usahawan Yang Berjaya Dunia Dan Akhirat

Adakah anda tergolong dalam kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan yang berjaya.

1. Keperluan Untuk Kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Mereka sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat Untuk Menerima Hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Mereka sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya setelah mereka berjaya.

3. Bebas Dari Aspek Fikiran dan Tindakan

Usahawan tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya yang patut mereka lakukan.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

4. Berkeupayaan Menyelesaikan Masalah

Seseorang usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan.

Mereka mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu. Ini akan lebih memudahkan lagi mereka untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat.

5. Sering Mengharapkan Masa Depan Yang Baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan dan pemikiran yang positif mengenai masa depannya. Mereka ini akan sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh, suatu hari nanti akan beroleh kejayaan yang mereka impikan.

6. Mencari Persekitaran Yang Baik

Untuk menjamin bahawa mereka ini tidak terpengaruh oleh gejala negatif, antara ciri usahawan berjaya mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya. Dan membuat sesuatu pekerjaan itu di persekitaran yang tenang, membantu kita untuk lebih FOKUS menyiapkan sesuatu pekerjaan itu.

7. Keupayaan Mempraktikkan Sesuatu

Satu cara terpenting bagi seseorang usahawan ialah membuat apa yang dirancang.

Mereka bukan hanya sekadar mempunyai banyak idea, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan yang diimipkan seterusnya memberikan mereka kejayaan.

Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

8. Tampuk Kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya.

Mereka ini sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Mereka ini selalunya disukai serta dihormati oleh pekerjanya.

Mereka juga berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan Timbal Balik Dengan Orang Lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya.

Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan. Oleh itu, barulah sesuatu perniagaan itu akan Berjaya dengan sikap percaya antara satu sama lain.

10. Keyakinan Terhadap Kebolehan Diri Sebagai Usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan.

Bersama keyakinan inilah mereka ini mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung. Inilah yang akan mendorong mereka untuk lebih maju dan Berjaya.

11. Kesediaan Menerima Tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

Jika mereka membuat kesilapan, mereka akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita kejayaan suatu hari nanti.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

12. Keupayaan Mencuri Peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya.

Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai Cita-Cita Lebih Tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Ciri usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

14. Konsep Diri Yang Positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar Dari Keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan Tidak Puas Hati dan Mahu Berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

17. Berorientasikan Perancangan.

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Mereka perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya.

Mereka juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku & membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya.

Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang gagal membuat perancangan.

18. Menyedari Keperluan Menggunakan Agensi dan Maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya.

Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan Matlamat

Usahawan akan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Mereka akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu.

Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

20. Ubah Suai Pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

Oleh itu, semua kerja yang dilakukan akan menjadi seronok kerana adanya minat dalam melakukan kerja itu.

21. Kemahiran Pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Hati Kental (Semangat Waja)

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya. Dan mereka yang gagal adalah mereka yang berputus asa dalam menempuh cabaran dan rintangan yang datang.

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya. Dan mereka yang gagal adalah mereka yang berputus asa dalam menempuh cabaran dan rintangan yang datang.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

23. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, mereka mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa yang singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Rajin / Kuat Berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Mereka sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

Bak kata pepatah, “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”.

25. Pandai Membuat Keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul.

Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

” Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.”

Ciri Usahawan Berjaya
Ciri Usahawan Berjaya

Kesemua 25 ciri-ciri tadi adalah antara usahawan-usahawan yang berjaya.

Jika anda mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak kira dalam bidang apa sahaja, ciri-ciri ini sangat perlu ada dalam diri kita. Dengan ini, kejayaan akan datang dengan sendirinya tanpa kita sedari.

Berada di tahap yang selesa dan berjaya, tetapi jika tiada ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang berjaya, mereka akan terus jatuh dan terus gagal.

Ingin saya kongsikan lagi antara ciri-ciri lain yang patut diterapkan lagi dalam diri seorang usahawan yang berjaya.

Mari teruskan pembacaan kita...

26. Suka Bertanya Soalan Yang Membina Dan Bukan Menghina.

Dalam mengatur langkah menuju kejayaan, kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru sekiranya ada perkara yang tidak faham atau tidak pasti. Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa betul akan lupus.

Anda akan dapat yang terbaik!

27. Fokus Kepada Apa Yang Diinginkan

Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan anda inginkan. Fokus kepada permintaan bukan pengeluaran. Mengeluarkan sesuatu yang bukan pelanggan mahukan, adalah sesuatu yang merugikan.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

28. Tindakan yang berkesan dan mantap.

Bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perniagaan dengan tindakan yang mantap bukan sambil lewa atau melakukan dengan bersahaja. Kerja yang dilakukan secara sambil lewa, selalunya tidak akan menjadi dan merugikan masa sahaja.

Malah, kegagalan yang akan datang bukannya kejayaan.

29. Keinginan Yang Memuncak

Sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh semangat dan harapan yang kental tanpa mudah mengalah dengan perasaan jemu.

30. Enjoy dengan segala aktiviti

Lakukan aktiviti tanpa tekanan dan gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy dengan apa yang lakukan tanpa paksaan. Ianya akan membuatkan kita lebih teruja untuk melakukan Sesutu yang kita minat.

31. Imej Professional

Jadi seorang yang pakar didalam bidang anda dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Dan Nampak sebagai seorang yang professional.

Ciri - Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

32. Bertanggungjawab

Anda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi didalam segala urusan perniagaan anda. Terutama kepada para pelanggan anda.

33. Sentiasa Ingin Belajar

Walau siapa anda sekali pun anda harus terus belajar samaada mendalami bidang yang sedang diceburi atau bidang yang lain. Anda harus memiliki sikap ini.

34. Bertutur dari hati

Lagi satu sikap yang anda perlu untuk berjaya. Setiap pertuturan anda harus lah ikhlas dan jujur. Penipuan dalam berkata-kata tidak akan menjadikan kita sebagai seorang yang berjaya.

35. Tunjukkan Standard Anda

Untuk pencapaian yang berterusan dan sentiasa maju kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib anda dengan kesemua pelanggan anda.

 “ MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA….
KEJAYAAN MENANTI DIHADAPAN…. “

Ciri Usahawan Berjaya
Ciri – Ciri Usahawan Berjaya

PENUTUP

Akhir kata dari penulis, semoga dengan pembacaan ini akan menaikkan semangat anda untuk menjadi seorang usahawan yang lebih berjaya lagi di masa akan datang.

Saya berharap agar anda menerapkan nilai-nilai dan ciri-ciri yang telah dilihatkan didalam artikel ini dan saya yakin anda akan berjaya menjadi usahawan.

InsyaAllah..


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.