Beli Rumah Bukan Perkara Mudah Seperti Yang Disangkakan
Beli rumah adalah sangat kritikal dan tidak seperti membeli barangan seperti TV, sofa, atau kereta. Tiada pulangan, tiada jaminan wang kembali dan tiada jaminan tambahan.
Dalam kebanyakan situasi, anda tidak akan dapat mengubah fikiran anda dan merancang untuk menjual rumah baru anda untuk mendapatkan sedikit keuntungan atau sekurang-kurangnya dapat modal kembali ‘break even’ walaupun sekurang-kurangnya telah menyimpan rumah itu selama 3-5 tahun.
Sebaliknya, pembelian rumah adalah keputusan jangka panjang yang agak penting.
Oleh itu timbul persoalan di dalam setiap pembeli yang ingin membeli rumah pertama atau mereka yang ingin menjadi pelabur hartanah yang berjaya…
“Adakah saya memerlukan ejen hartanah untuk membantu?”
Persoalan ini amat penting!
Sebelum mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut, berikut adalah beberapa soalan yang perlu anda tanya kepada diri anda sendiri sebelum membuat keputusan membeli rumah yang sesuai!
Perancangan Untuk Beli Rumah
– Macam mana nak cari rumah idaman anda?
– Kat mana lokasi yang sesuai & terbaik untuk anda?
– Jenis rumah apa yang patut beli? Teres setingkat? 2 tingkat? Condominium? Banglo?
– Berapa banyak duit muka atau ‘down payment’ yang perlu anda sediakan? 10%dari harga rumah? Atau tidak perlu bayar apa-apa? Hmmm…tapi boleh ke beli rumahtanpa duit muka?
– Adakah anda layak untuk mendapatkan pembiayaan atau‘loan’ dari bank untuk membeli rumah idaman? Berapa banyak loan (maksimum) yangbank boleh bagi? Tempoh pinjaman?
– Siapa yang boleh membantu anda menyediakan segala dokumen penting untuk mendapatkan pembiayaan bank dengan pantas & mudah?
– Urusan guaman untuk dokumen jual beli pulakmacam mana? Mana nak cari ‘lawyer’? Berapa nak bayar kepada ‘lawyer’ pulak?
Pengetahuan tentang pasaran tempatan (‘supply & demand’) Sebelum beli rumah
– Sangat penting untuk memahami pasaran tempatan. Adakah rumah yang ingin anda beli mempunyai nilai yang tinggi dan berbaloi untuk dibeli? macam mana nak tahu?
– Adakah kawasan rumah idaman anda termasuk dalam kawasan ‘hot’ & mempunyai ‘demand’ yang tinggi? macam mana nak tahu?
– Bagaimana pula dengan kemudahan (‘facilities’) yang ada dikawasan sekitar? Sekolah? Hospital? Pusat membeli belah? Kawasan riadah? Hubungan jalan raya seperti ‘highway’ etc.?
– Macam mana nak tahu harga rumah disitu akan meningkat dalam masa datang?
– Apakah ‘booster’yang ada dan yang akan dibina bagi menjadikan ‘market value’ rumah anda meningkat dalam masa beberapa tahun akandatang?
‘Target Market’ Untuk Sewakan Rumah (pelabur)
– Jika anda pelabur hartanah, untuk menjadi pelabur yang mendapat keuntungan berganda, sudah tentu anda perlu mengkaji & mempunyai pengetahuan tentang selok belok kawasan & siapa sasaran anda untuk dijadikan penyewa rumah.
– Sebagai contoh, jika kawasan rumah berhampiran kilang – kilang, anda boleh jadikan pekerja kilang sebagai sasaran anda untuk menyewa.
– Tetapi timbul persoalan cepu emas, rumah jenis apa sesuai untuk beli & sewakan kepada pekerja kilang supaya anda mendapat pulangan ‘cash flow‘ yg positif?
– Berapa harga rumah yang sesuai untuk dibeli?
– Bagaimana nak tapis & dapatkan penyewa yang menepati ciri2 pilihan anda, tidak membawa masalah kepada anda sebagai tuan rumah & paling penting bukannya mempunyai ciri-ciri ‘penyewa dari neraka‘?
– Tersilap pilih penyewa, rumah hancur, bil2 tertunggak & anda terpaksa menanggung kerugian yang tinggi!! Percayalah cakap saya, saya dah lalui semua ini!!
– Yup! anda wajib buat perjanjian sewa dengan bakal penyewa rumah anda untuk melindungi anda. Tapi macam mana nk buat?
Haa, macam mana? Pening kan nak beli rumah yang terbaik untuk anda?
Bukan senang nak pilih & dapatkan rumah yang berbaloi untuk dimiliki!
Tersilap beli, MERANA laa sepanjang hidup!
Panduan Bisnes & Urus Homestay Gaya Jutawan
Adakah anda merancang untuk menjadikan rumah anda yang kosong sebagai sebuah homestay?
Adakah anda sudah mempunyai homestay, tetapi, tempahan yang diterima .. lebih banyak daripada cengkerik yang berbunyi “krik ! krik!”.. berbanding orang yang sebenar?
Anda sudah ada homestay dan sudah ada yang menempah dan tinggal di homestay anda, TETAPI, banyak pula masalah yang dihadapi seperti barang selalu rosak dan hilang?
Tension melayan karenah pelanggan? Jangan risau! Izinkan saya berkongi pengalaman saya dengan anda di dalam hal-hal berkaitan menguruskan homestay!
Insyallah, ianya bermanfaat dan akan dapat membantu anda menguruskan homestay anda dengan lebih berkesan dan lancar!
Bagaimana Buat Duit Dengan Rumah Lelong?
Untuk memudahkan anda mempelajari tentang selok-belok pelaburan hartanah lelong, dan sekaligus menurunkan RISIKO kerugian.
Saya telah mencuri-curi masa saya untuk menulis sebuah ebook mengenainya!.
Klik banner dibawah untuk belajar :
Sudah Bosan Dengan Hiasan Dalaman Rumah Anda?
Nak Belajar deco rumah dengan bajet yang ciput dari interior designer (ID) professional? Pemilihan cat & deco serta susun atur perabot yang betul dapat membuatkan rumah anda nampak kemas & luas. Jimat tak payah nak upah ID untuk deco rumah anda. Anda boleh buat sendiri ala professional ID.
JIMAT Ribuan ringgit
Klik banner dibawah untuk mengetahui lebih lanjut :