Idea Follow Up Customer Yang Wajib Usahawan Pelajari
Idea Follow Up Customer. Dalam pemasaran email / SMS / PM, Follow up adalah segala-galanya.
Jika follow up anda gagal, anda juga akan gagal.
Apabila seseorang masuk ke dalam kedai, seorang jurujual haruslah ada untuk memberi nasihat atau pandangan kepada pelanggan. Begitu juga dengan jualan di Internet, apabila seseorang telah subscribe, anda perlu temani mereka dengan ayat-ayat follow up.
Teruskan pembacaan mengetahui bagaimana tips & teknik anda boleh cuba untuk menarik perhatian bakal customer anda tanpa mereka berasa jemu & fed-up…
Koleksi Idea Menarik Untuk Follow Up Customer
1. Harga Produk Bakal Naik
Tulis emel/sms/PM yang mengatakan produk akan di naikkan harga dalam masa terdekat. Yakinkan si pembaca dengan mengatakan anda terpaksa menaikkan harga kerana sebab-sebab tertentu. Katakan juga anda sedang mengalami kerugian kerana menjual pada harga yang murah.
Ini antara Idea untuk Follow Up customer yang sering saya lakukan :
2. Tawarkan Pembayaran Mudah
Tulis emel/sms/PM bahawa anda sudah menyediakan pembayaran produk cara murah. Jika sebelum ini tiada option kad kredit, anda boleh tambahkan option tersebut dan beritahu pada list. Jika produk anda harga mahal, anda boleh benarkan pembeli untuk membayar secara ansuran dengan autodebit dari kad kredit mereka.
Idea Follow Up Customer
3. Server Down
Katakan pada subscriber, server anda mengalami gangguan kerana terlalu ramai pelawat yang melawat laman web anda. Anda juga boleh katakan terlalu ramai yang download produk yang anda jual sehingga mengganggu kelancaran server anda. Idea Follow Up Customer
4. E-mel / SMS / PM di Spam Folder
Tulis pada subscriber, bahawa emel/sms/PM pertama anda telah dikesan sebagai emel/sms/PM spam dan minta mereka untuk check di spam folder. Anda katakan pada mereka anda terlupa untuk periksa kadar spam dalam emel/sms/PM yang di hantar dan meminta maaf. Di samping itu, pikat mereka dengan produk anda. Idea Follow Up Customer
Tujuan emel/sms/PM ini di hantar adalah untuk menarik perhatian mereka untuk membaca kerana manusia memang suka mengetahui masalah orang lain.
5. Diskaun Harga
Katakan pada subscriber, anda telah kurangkan harga produk yang dijual di sebabkan terdapat ramai orang yang mahu membeli tetapi mereka tidak mampu. Kurangkan harga dan wujudkan kuota.
Katakan pada mereka, anda memang benar-benar ikhlas untuk membantu mereka mendapatkan produk itu.
6. Bonus Tambahan
Wujudkan satu lagi bonus untuk pembeli produk dan katakan pada mereka bonus itu istimewa dan sangat-sangat terhad. Beritahu selengkap mungkin maklumat mengenai bonus itu.
7. Masalah Autoresponder Email
Tulis tajuk yang gempak dan katakan anda tidak berpuas hati dengan autoresponder anda. Katakan emel/sms/PM pertama tadi tidak lengkap tetapi autoresponder anda terus menghantarnya. Di samping itu promosi produk anda. Teknik ini untuk menarik pembaca yang minat pada kontroversi. Idea Follow Up Customer
8. Jualan Hampir Tamat
Dua tiga bulan selepas perlancaran, katakan pada subscriber anda yang masih liat untuk membeli bahawa jualan sudah hampir tamat dan mereka boleh dapatkan sekarang atau akan menyesal pada kemudian hari nanti.
9. Amaran Kuantiti
Wujudkan satu suasana kecemasan, katakan produk anda semakin laris dan mula mencapai kuota atau sasaran anda. Katakan pada mereka rahsia di dalam produk anda itu bakal tersimpan selama – lamanya.
10. Email / SMS / PM Ketika Waktu Cuti
Hantar email / SMS / PM pada subscriber anda selepas hari cuti. Ceritakan kenangan indah anda ketika percutian dan kaitkan faedah di dalam produk anda dengan percutian anda.
11. Dengan Tanya & Jawab Soalan
Tulis email/ SMS / PM berbentuk Question and Answer. Cari sebanyak mungkin soalan yang relevan dengan produk anda dan tulis jawapannya sekali. Teknik ini bagi menghuraikan persoalan tersirat di dalam minda subscriber.
12. Bonus Affiliate
Beritahu para subscriber mengenai bonus yang di beri oleh para affiliate produk anda. Di sini mungkin mereka akan berminat untuk membeli dari salah seorang affliater anda.
13. Link Rosak
Teknik ini adalah salah satu cara untuk memikat si subscriber untuk membaca email / SMS /PM anda.
Hantar dua email / SMS / PM.
Email / SMS / PM pertama di sertakan dengan link yang rosak dan email / SMS / PM kedua bercerita mengenai email / SMS / PM pertama dan sertakan dengan link yang betul.
14. Peluang Affliate
Teknik ini boleh di lakukan ketika pra-pelancaran.
Beritahu para subscriber bahawa anda bakal membuka sistem affliate untuk produk anda di sebabkan terlalu ramai yang mengatakan produk anda bagus dan mereka berminat untuk promosi produk anda.
15. Preview Percuma E-Book
Bongkarkan dengan lebih lanjut mengenai produk anda. Beritahu pada para subscriber mengenai rahsia terbesar di dalam produk anda. Beritahu secara samar-samar sahaja supaya mereka tidak nampak rahsia sebenar tetapi dapat merasai kehadiran rahsia tersebut.
16. Tambahan Pada Minisite
Beritahu pada subscriber anda mengenai tambahan pada minisite anda. Tambahan tersebut boleh jadi e-cover baru, tambahan modul, tambahan bukti atau tambahan testimoni.
17. Percubaan Percuma
Bina satu konsep free trial sama ada dalam harga yang rendah atau percuma terus pada masa tertentu. Di dalam free trial itu, ceritakan secara ringkas mengenai produk anda itu. Hantar email / SMS / PM pada subscriber anda mengenai tawaran anda itu.
18. Bonus Produk Sudah Hampir Habis
Ceritakan pada subscriber anda bahawa bonus yang di beri bersama – sama dengan produk anda adalah terhad dan ia semakin menghampiri kuota yang di benarkan. Ceritakan mengenai kehebatan bonus anda itu.
19. Pengumuman Pakej
Jika produk yang anda jual kurang mendapat sambutan, mungkin anda boleh pecah-pecahkan mengikut kategori dan letakkan pada harga yang berlainan. Sudah tentu, mereka akan dapat diskaun jika mereka beli semua pakej.
Umumkan khas pada subscriber anda sahaja.
20. Testimoni Dalam Bentuk E-mail / SMS / PM
Tunjukkan pada subscriber anda testimoni yang anda terima melalui emel/sms/PM. Kalau boleh sertakan dalam bentuk screen shot supaya subscribe akan lebih cair akan tawaran anda.
21. Lebihkan Produk & Masa
Ceritakan pada para subscriber berkenaan dengan produk anda. Katakan pada mereka betapa lakunya produk anda dan anda terpaksa menutup jualan kerana kuota telah hampir penuh.
Namun, khas untuk para subscriber, anda lanjutkan tawaran untuk produk tersebut.
22. Terlalu Banyak Terima Email / SMS / PM Sampai Overload
Ceritakan pada para subscriber anda mengenai kerancakan promosi yang di jalankan oleh affliate anda. Anda cerita mengenai beberapa beberapa orang telah hubungi anda berceritakan tekanan mereka menerima emel/sms/PM yang banyak berkenaan dengan produk anda.
Emel/sms/PM ini menunjukkan produk anda memang mendapat sambutan kerana ramai yang sedang promosikannya.
23. Keputusan Jualan
Ceritakan pada subscriber anda berkenaan dengan jumlah conversion yang di terima oleh anda.
24. Pendapatan Affiliate
Tunjukkan pada subscriber pendapatan yang di terima oleh affiliate anda. Cemburukan subscriber anda dengan pendapatan yang di terima oleh para affiliate. Namun, anda perlu ceritakan juga berkenaan dengan produk anda.
24. Terlupa Sesuatu
Hantar emel/sms/PM berceritakan konon-kononnya anda terlupa sesuatu pada emel/sms/PM sebelum ini. Ketika ini masukkan pointpoint yang anda tidak masukkan pada emel/sms/PM sebelum ini.
26. Keputusan Pada Kadar Yang Cepat
Ceritakan pada subscriber anda berkenaan dengan pembeli yang mendapat keputusan cepat apabila menggunakan teknik yang anda jual itu.
27. Kesilapan Besar
Jika sesuatu emel/sms/PM yang anda hantar tidak mendapat sambutan, hantar satu emel/sms/PM menyusul menyatakan kesilapan yang anda lakukan sebelum ini.
28. Tawarkan Konsep Bayaran Mudah
Ceritakan proses pembayaran untuk produk anda. Anda pasti terkejut dengan hasilnya. Mungkin ada subscriber anda akan membeli terus produk anda.
29. Support Affiliate
Ceritakan pada subscriber mengenai cara anda membantu para affiliate dengan memberi tools yang bertepatan seperti koleksi emel/sms/PM, keyword dan sebagainya. Penceritaan anda secara tidak langsung akan memberi gambaran pada pembeli bahawa produk anda sangat bagus.
30. Rumusan Mengenai Kesibukan
Ceritakan bagaimana sibuknya anda sejak anda melancarkan produk anda itu. Ceritakan suka dan duka anda. Ini secara tidak langsung memberi gambaran produk anda mendapat sambutan yang hangat.
Kesimpulan
Tujuan utama emel/sms/PM follow up adalah untuk menarik perhatian para subscriber mengenai produk anda. Setiap strategi mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Biasanya 7 emel/sms/PM follow up pertama adalah emel/sms/PM memujuk yang agresif, selepas itu, anda hanya hantar emel/sms/PM berbentuk santai.
Ini untuk mengelakkan mereka menyampah pada anda!
<< Home >>