Strategi Genius & Berkesan Untuk Marketing : Bagaimana Untuk Memacu Perniagaan Online dan Offline Sehingga meledakkan Jualan Hingga Ke Bulan!!
TEKNIK PALING PADU!!!
Strategi Genius & Berkesan Untuk Marketing Bisnes Anda. Teruskan membaca untuk mempelajari keseluruhan idea yang digunakan oleh penjual super untuk berjaya dan bagaimana anda boleh mengikuti jejak langkah mereka.
Di dalam abad ke 21 ini, masa sudah banyak berubah dan semestinya bukan mudah untuk memenuhi kehendak para pelanggan anda.
Kaedah melawat atau bersua muka dengan pelanggan, ataupun menggunakan promosi melalui telefon mungkin sudah tidak begitu relevan lagi.
Anda tidak boleh mengaplikasikan teknik pemasaran yang diamalkan pada tahun 70an kepada pelanggan anda sekarang, pelanggan di abad ke 21.
Tapi, saya akan buatkan anda lebih memahaminya sebentar lagi.
Jadi, teruskan bacaan anda.
Semoga ilmu yang akan saya berkonsi ini akan membuka minda anda dan membuka jalan juga untuk anda berjaya dalam kempen pemasaran anda.
Asas Memilih Sesuatu Bisnes – Faktor Penyumbang Kepada Pemasaran
Sebagai permulaan untuk menjalankan sesebuah bisnes, kita perlu melihat beberapa aspek yang paling penting sekaligus membantu sebagai faktor penyumbang di dalam pemasaran.
1. Ketahanan Model Perniagaan Pilihan Anda
Ketahanan sesebuah perniagaan amat penting. Anda tidak mungkin dapat melakukannya seorang diri kerana anda hanya memiliki 24 jam sahaja sehari. Bolehkah anda mengagihkan tugasan anda?
Di dalam mana – mana model perniagaan, anda harus mampu mencari sebuah model perniagaan yang sentiasa meningkat dari hari ke hari.
Dengan kata lain, model yang dimaksudkan ialah model perniagaan yang semakin menguntungkan semakin lama anda berada disana.
Jika perniagaan tersebut memerlukan anda untuk bekerja dengan lebih lama lagi tetapi memberikan keuntungan yang sama sahaja, samada anda perlu lebih inovatif lagi dari segi idea ataupun tinggalkan sahaja perniagaan tersebut.
2. Bina Perniagaan Yang Fleksibel
Tidak ada yang berkekalan pada zaman ini. Ianya bukan tentang siapa yang kuat untuk terus bertahan, tetapi siapa yang mampu menyesuaikan diri.
Anda harus cepat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran seperti kenaikan kos dan perubahan terhadap permintaan pelanggan. Jika anda tidak dapat menyesuaikan diri, anda akan kehilangan banyak peluang.
Janganlah hanya mula berubah apabila anda mengalami kesusahan atau tunggu sehingga semua pelanggan anda beralih kepada pesaing anda. Ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.
Strategi Genius & Berkesan Untuk Marketing : Strategi Pemasaran Terbaik & Efektif Sepanjang Zaman
Di dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nasib dengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda tidak dilahirkan untuk menjadi seorang peniaga.
Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh dilatih untuk menjadi peniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda untuk mempelajari selok belok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi untuk berjaya.
Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah dari latar belakang keluarga yang menjalankan perniagaan.
Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar samada anda berbakat atau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih kepada teknik dan strategi yang digunapakai.
Disini terdapat beberapa strategi yang masih lagi berkesan walaupun masa terus silih berganti. Anda boleh praktikkan di mana – mana perniagaan yang anda miliki.
1. Cari Pelanggan Yang Memerlukan Anda Untuk Menyelesaikan Masaalah Mereka
Ini adalah salah satu daripada prinsip mudah yang jarang difahami oleh kebanyakan jurujual. Jika anda ingin menjual secara efektif, anda harus menumpukan kepada pelanggan yang berminat dengan produk anda terlebih dahulu.
Produk atau service yang anda tawarkan ini mestilah sesuatu yang diperlukan mereka untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka.
Didalam pemasaran online, inilah yang dinamakan trafik sasaran (targeted traffic)
Ianya lebih efektif, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk meyakinkan para pelanggan. Anda juga akan berpeluang mendapat banyak jualan.
Perhatikan prinsip ini ketika anda berurusan dengan pelanggan anda:
Jangan cuba menjual sikat kepada seseorang yang tidak mempunyai rambut!
Maknanya, juallah produk yang betul dan kepada orang yang betul!
2. Cari Kaedah Untuk Mendapatkan Prospek / List
Mencari prospek / list adalah sangat penting. Ini disebabkan orang ramai tidak akan membeli produk anda apabila pertama kali melihatnya.
Statistik menunjukkan bahawa orang ramai hanya akan mula serius memikirkan untuk mendapatkan produk anda setelah mereka melihatnya, atau mengenalinya lebih dari 7 kali.
Dalam perniagaan online, ianya berlaku sekurang – kurangnya selepas 7 kali follow up dilancarkan.
Anda boleh membina sendiri pangkalan data untuk pelanggan anda ataupun senarai list.
Ini sangat penting, kerana dengan memiliki list anda berpeluang untuk menghantar informasi follow up sehingga 7 kali atau lebih, sebelum mereka dipengaruhi oleh iklan – iklan yang lain.
Ini akan membawa kita ke bahagian yang selanjutnya…
3. Bina Perhubungan Yang Kukuh
Jualan baru ataupun jualan yang berulang – ulang biasanya di akibatkan oleh perhubungan yang baik sejak awal lagi. Sebelum seseorang membeli produk anda, anda harus biarkan mereka menanamkan kepercayaan terhadap anda.
Untuk memastikan ini, anda perlu tanamkan kepercayaan tersebut secara tidak langsung (pelanggan anda mungkin sangat sukar dipengaruhi, tetapi kadang kala perkataan ‘jaminan’ sahaja sudah cukup untuk ‘menyentuh’ seseorang).
Jangan biarkan prospek anda beralih arah!
Ambillah masa bersama mereka dan layanlah mereka seperti seorang rakan karib. Tetapi, jika anda menghabiskan masa melayan semua orang tak kiralah samada individu tersebut prospek atau tidak – anda bakal kehilangan kesemuanya, kerana anda tidak fokus!
Jadi, tumpukan kepada proses pembinaan hubungan yang kukuh dengan prospek anda dan pasti nanti, ianya akan menghasilkan jualan.
4. Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan
Apabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Angka dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji serta dijadikan kayu pengukur.
Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan statistik angka, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.
Bagi perniagaan online, yang menjual melalui penggunaan website kebiasaannya akan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan jumlah pelawat yang datang.
Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah yang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.
PENTING!! Jika anda melakukan pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan anda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi informasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk anda walaupun anda sedar produk anda mungkin tidak dapat membantu mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.
Jika prospek tersebut tidak termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja. Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk berada didalam bidang sasaran pasaran anda.
5. Jenamakan Diri Anda Sebagai Pakar
Penjenamaan adalah sangat – sangat penting. Hari ini, rata – rata pengguna bijak memilih dan hanya yang terbaik akan menjadi pilihan. Sekarang, anda mungkin tidak memiliki produk yang terbaik di dunia, dan belum lagi menempatkan diri anda sebagai yang terbaik dalam strategi pemasaran.
Apakah yang membezakan diri anda dengan yang lain? Untuk berjaya dalam mana – mana bidang, tahukah anda bahawa anda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi pakar dalam produk atau servis yang anda sediakan?
Para pelanggan sekarang agak cerewet dan terlalu memilih, disebabkan terdapat banyak jenama lain di luar sana. Ianya memang susah untuk mendapatkan seorang pelanggan baru berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada.
Jika anda dikenali sebagai pakar, orang ramai akan lebih senang menganggap anda sebagai seorang yang berwibawa dan mendengar setiap patah perkataan yang anda sampaikan daripada mendengar seorang penjual yang cuba menghabiskan duit mereka.
Menjenamakan diri anda juga mampu menaikkan keyakinan diri anda. Apabila orang ramai mula mendengar anda, anda tahu bahawa peluang telah tiba!
Strategi Genius & Berkesan Untuk Marketing
6. Bina Kredibiliti Anda
Kredibiliti seakan – akan sama dengan penjenamaan. Penjenamaan mungkin membantu anda untuk mendapatkan jualan pertama, tetapi kredibiliti akan membuatkan orang ramai sentiasa mengikuti anda selalu.
Jika anda telah membina kredibiliti didalam perniagaan anda dan menjadi jenama yang dipercayai, anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan tempahan yang berulang – ulang dari pelanggan sedia ada dan rakan – rakan mereka berbanding untuk meyakinkan mereka dari mula.
Janganlah memandang rendah kepada pelanggan yang melabur hanya sedikit amaun sahaja. Pelanggan yang melaburkan amaun yang sedikit ini dalam tempoh 2 tahun, sudah tentu menghasilkan pulangan yang besar buat anda.
Tambahan pula, mereka biasanya akan mencadangkan pelanggan lain juga untuk menjadi pelanggan anda.
Terdapat satu cerita dimana seorang penjual susu yang tidak mahu memberikan perkhidmatan kepada seorang remaja kerana merasakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada remaja tersebut tidak berbaloi.
Namun, dia tidak menyedari bahawa remaja tersebut akan berkahwin dan mempunyai 5 – 6 orang anak serta menjadi seorang yang memerlukan susu dengan banyak untuk anak – anaknya. Jadi, jangan sesekali mengabaikan pelanggan anda.
Bukan itu sahaja, apabila anda memiliki kredibiliti, anda akan menjadi ‘sasaran’ apabila orang ramai memerlukan produk atau servis yang anda tawarkan (dengan itu, anda menjimatkan masa untuk mencari pelanggan baru).
Kesimpulan : Strategi Genius & Berkesan Untuk Marketing
Dengan ILMU yang dikongsikan, walaupun nampak ringkas tetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen pemasaran anda.
Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline akan berkembang dan menjadikan anda seorang jutawan nanti.
Salam hormat.
<< Home >>