CARA atau Teknik Mudah & Simple Tarik Trafik PERCUMA ke website atau Blog Anda
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Apa khabar? Sihat? bisnes ok? harap semuanya ok lah ye. Artikel kali ini yang saya berminat untuk berkongsi berkaitan teknik mudah & simple tarik trafik PERCUMA tanpa kos.
Umum mengetahui bahawa semakin ramai usahawan online bersaing dengan satu sama lain untuk mengiklankan produk atau servis mereka secara online di media sosial seperti Facebook, Instagram & yang terbaru TikTok mahupun search engine seperti Google. Demand semakin tinggi ini meningkatkan lagi kos untuk dapatkan trafik berkualiti
Setiap tahun, kos pengiklanan untuk menjalankan perniagaan online sentiasa akan meningkat. Ini merupakan masalah besar kepada para usahawan online.
Memang tak boleh nak ELAK kos pengiklanan ini kerana “Trafik” adalah nyawa untuk semua bisnes online.
Memiliki laman web atau blog yang menarik perhatian pengunjung adalah impian setiap pemilik laman web.
Namun, sering kali cabaran terbesar ialah bagaimana menarik trafik ke laman web atau blog anda dengan mudah dan tanpa perlu mengeluarkan banyak wang.
Berikut adalah beberapa cara mudah dan percuma untuk meningkatkan trafik ke laman web atau blog anda:
Tanpa trafik, bisnes online anda akan lingkup!
Tak kira di Facebook, Google, ataupun microsoft Bing. Kos iklan semakin menaik dan ia akan terus naik.
So apa alternatif lain yang anda ada?
Teruskan Pembacaan Dibawah Untuk Mengetahui Teknik Terkini Otai – Otai Digital Marketer Untuk Tarik Pembaca Atau Prospek ke Blog / Website Anda
Dan di dalam sharing ini, saya akan bagi contoh 5 teknik tarik trafik percuma tersebut tanpa mengeluarkan sebarang kos.
1. Kandungan Berkualiti dan Berkaitan
Penting untuk menyediakan kandungan yang berkualiti tinggi dan berkaitan dengan topik atau niche laman web anda.
Pastikan bahawa tulisan Anda informatif, menarik, dan memberikan nilai tambah kepada pembaca. Dengan menyajikan kandungan yang berkualiti, pengunjung akan merasa puas dan lebih cenderung untuk kembali ke laman web Anda.
2. Tingkatkan Frekuensi Blog / Website
Blogging adalah salah satu teknik menarik trafik yang paling mudah. Apabila ada post baru, peminat blog teruja. Mereka mahu baca. Cuma berapa kali patut update blog?
Menurut hasil survey, didapati jumlah optimum content baru adalah 3 kali seminggu. Content tidak bermaksud artikel. Content lebih luas maksudnya. Berbanding artikel.
Bagi blogger yang sibuk, kita boleh pelbagaikan content di blog seperti:
– 2 artikel + 1 video
– 1 artikel + 1 gambar + 1 kata-kata hikmah
– 1 artikel + 1 audio + 1 video
Gabungan ini tidak ada had limit. Bergantung kepada kreativiti dan kemampuan kita.
3. Pengoptimuman Enjin Carian (Search Engine Optimization SEO)
Siapa tak kenal Google, iaitu enjin carian nombor satu dilayari manusia. Majoriti gunakan Google untuk cari sesuatu. Ini bermakna Google boleh jadi satu saluran untuk dapatkan trafik berkualiti kerana visitors “mencari” produk atau servis anda.
Ini dikenali sebagai targeted trafik (yang betul-betul berminat dengan komen, website, produk atau servis anda) Dari pengalaman saya, trafik dari Google (search engine) adalah trafik yang paling berkualiti dan tanpa melibatkan sebarang kos.
Tapi bagaimana mahu dapatkan trafik yang konsisten? Gunakan Teknik Search Engine Optimization (SEO).
Ini adalah teknik untuk rank website atau blog anda di page pertama Google bagi sesuatu kata kunci (keyword).
Menerapkan teknik SEO pada setiap artikel atau halaman di laman web Anda adalah cara yang berkesan untuk meningkatkan visibiliti laman web anda di enjin carian seperti Google.
Lakukan penyelidikan perkataan kunci dan gunakan perkataan kunci tersebut secara strategik dalam tajuk, perenggan pertama, dan kandungan utama Anda.
Pastikan juga menggunakan meta deskripsi yang menarik agar pengunjung tertarik untuk mengklik pautan Anda ketika muncul dalam hasil carian.
4. “Letak” Blog / Website Anda di Mana-Mana Atau Kongsi Kandungan melalui Media Sosial
Bagaimanakah audien mengenali website kita?
Manfaatkan kuasa platform media sosial untuk meluaskan jangkauan kandungan Anda. Kongsi setiap pos baharu melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan LinkedIn.
Ajak pengunjung juga untuk berkongsi kandungan tersebut jika mereka rasa ia memberi manfaat, supaya ianya boleh mencapai lebih ramai orang secara organik.
Ini semua adalah saluran. Makin banyak saluran yang ada, makin tinggi peluang untuk dijumpai. Adalah sangat menggalakkan supaya kita meletakkan alamat website di kesemua profil media sosial. Ini adalah saluran menghebahkan website secara percuma.
Dalam menentukan saluran, usah terhad pada saluran online sahaja. Wujudkan alamat website pada saluran offline seperti kad bisnes, fail, banner dan macam-macam lagi.
Selagi mana ada ruang untuk mempamerkan alamat website, pamerkan. Terutamanya apabila ruang itu tidak melibatkan sebarang kos.
5. Tukar Pembaca Jadi Subscribers (Email Marketing)
Kumpulkan alamat e-mel dari pengunjung yang tertarik dengan kandungan Anda dan gunakan pemasaran melalui e-mel untuk menghantar kandungan terkini, tawaran, atau maklumat menarik lain secara berkala.
Dengan cara ini, anda boleh menjaga hubungan dengan pengunjung anda dan mengarahkan mereka kembali ke laman web atau blog anda secara konsisten.
Trafik yang banyak saja tidak bermakna apa-apa jika tidak diambil peluang menjadikan mereka sebagai pengunjung tetap wesbite atau blog anda. Pengguna mungkin datang sekali seminggu. Ataupun sekali sebulan. Ataupun tak datang-datang.
“Bagaimana mahu ajak pelawat datang kembali?” Di sinilah datangnya email marketing.
Menggunakan email untuk memasarkan sesuatu. Apabila mengunjungi blog / website, kita akan jumpa macam-macam cara untuk dapatkan email dari pengunjung. Proses ini dikenali sebagai lead generation.
Menukar pelawat kepada subscribers menggunakan borang. Kebiasaannya pelawat diminta memberikan nama dan email. Yang paling penting adalah apa yang nak dibuat dengan email yang diperolehi.
Bagi kebanyakkan pengamal email marketing, mereka sudah menyiapkan email-email yang akan dihantar. Email ini disusun dalam satu siri. Yang mana dihujungnya pembaca akan diajak untuk melakukan satu tindakan.
Setiap kali anda update content baru, anda boleh email kepada semua subscribers ini. Atau jika anda mempunyai produk atau servis baru untuk dijual, boleh juga email subscribers tersebut.
WAJIB!! Bisnes online MESTI kena ada list subscribers atau customers.
“Money is in the List” – dipercayai ramai marketers.
6. Blog Walking Dan Blog Tamu (Guest Blogging)
Blog walking sama seperti window shopping. Jalan-jalan ke blog orang. Tinggalkan komen di blog berkenaan.
Dan tinggalkan komen yang bermakna supaya pemilik blog ingat siapa kita. Dan pemilik blog itu menjengah website kita. Satu lagi sebab mengapa taktik ini disyorkan kerana ianya boleh menjadi sumber trafik percuma.
Apabila komen di blog terkenal yang banyak trafik, tinggalkan alamat website. Pelawat website berkenaan lihat dan tekan link lalu mereka sampai ke website kita.
Cuba cari peluang untuk menulis sebagai tetamu di blog lain yang mempunyai pembaca yang berkaitan dengan topik laman web Anda. Apabila artikel anda diterbitkan di blog lain, anda boleh tambahkan pautan kembali (backlink) ke laman web Anda, yang membantu meningkatkan autoriti domain dan trafik anda.
7. Sertai Forum atau Komuniti dalam Talian
Cari forum atau komuniti dalam talian yang berkaitan dengan topik niche laman web anda. Sertai perbincangan dan berikan komen yang memberi nilai tambah.
Jangan lupa sertakan pautan menuju laman web anda di profil atau tandatangan anda di forum tersebut. Dengan cara ini, anda boleh menarik lebih banyak trafik dari pengguna yang tertarik dengan topik yang anda bincangkan.
8. Analisis dan Pemantauan
Pantau trafik laman web Anda dengan menggunakan alat analisis seperti Google Analytics. Analisis ini akan membantu anda memahami tingkah laku pengunjung, trend trafik, dan kandungan mana yang paling popular. Dengan maklumat ini, anda boleh terus mengoptimumkan laman web anda untuk meningkatkan trafik dan kualiti kandungan anda.
Kesimpulan Teknik Mudah & Simple Tarik Trafik Percuma
Dengan mengamalkan cara-cara di atas, anda boleh meningkatkan trafik ke laman web atau blog anda tanpa perlu mengeluarkan banyak wang.
Ingatlah bahawa membina trafik yang signifikan memerlukan masa dan konsistensi, tetapi dengan kesabaran dan usaha, anda boleh mencapai hasil yang diingini.
Menguasi ilmu trafik adalah kunci utama yang membawa kejayaan kepada website anda. Jika anda ingin menguasai lubuk trafik paling power, iaitu trafik dari Google – anda perlu kuasai teknik SEO.
Sekian dari saya buat masa ini. Selamat mencuba!
<< Home >>