...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

Memupuk Budaya Mencintai Ilmu Di Kalangan Kanak – Kanak


Budaya Mencintai Ilmu
Budaya Mencintai Ilmu

Perkara pertama yang diperlukan untuk memupuk budaya mencintai ilmu adalah dengan melahirkan budaya membaca. Secara fizikal, otak manusia akan berkembang seawal di usia 0-6 tahun, kemudian kadar kecepatannya berkurangan hingga usia mencecah 8 tahun, dan berhenti pada usia 12 tahun.

Sebaik sahaja usia meginjak ke angka 12, apa yang perlu anda lakukan adalah mengoptimumkan fungsi otak melalui program pelajaran yang tepat.

Secara intelektual, perkembangan otak akan berlaku dengan pantas pada usia dua tahun sehingga lapan tahun.

Pada fasa berikutnya, iaitu antara 8-12 tahun, perkembangan otak masih terus akif dan terhenti pada usia 18 tahun.

Justeru untuk melahirkan insan yang cemerlang dan memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang, daya pemikiran dan fungsi otak perlu dibentuk seawal usia 8 tahun sehingga mencecah ke 18 tahun.

Saat inilah anak-anak perlu didedahkan dengan budaya belajar, baik di rumah mahupun di sekolah.

Sekiranya dapat dimanfaatkan dengan betul, anak-anak mampu berdikari dan mula memupuk rasa cinta pada ilmu.

Budaya Mencintai Ilmu
Budaya Mencintai Ilmu

BAGAIMANA UNTUK MEMBENTUK BUDAYA MENCINTAI ILMU DALAM DIRI ANAK-ANAK?

Pertama, jadikan belajar itu sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Dekatilah anak-anak dan dedahkan mereka dengan ilmu.

Di rumah, sebagai ibu bapa kita dapat berinteraksi dan mendekati anak-anak secara individual. Sementara di sekolah, pembelajaran dan ilmu yang disampaikan lebih bersifat kepada klasikal.

Untuk aktiviti santai, wujudkan dan rancang sebarang kegiatan yang boleh mendidik anak-anak untuk berfikir dan berdikari sendiri. Misalnya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti lasak bersama. Kaedah ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih dihargai oleh kedua ibu bapa.

Budaya Mencintai Ilmu
Budaya Mencintai Ilmu

APAKAH PERBEZAAN ANTARA INDIVIDUAL DAN PERSONAL?

Perbezaannya sangat mudah! Jika anda memberikan sebatang pen kepada setiap anak murid anda, dengan cara memanggil nama mereka seorang demi seorang, ini bermakna anda telah mendekati mereka secara individual.

Namun jika mendekati seseorang itu kerana keistimewaannya, maka anda baru sahaja melakukan pendekatan secara personal.

Lemparkan senyuman dan gengaman saat bersalaman, kaedah ini secara tidak langsung akan memberikan satu semangat baru dalam diri mereka.

Aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan bersama juga akan membuatkan anak-anak menimba banyak pengalaman baru.

Sesungguhnya, pengalaman baru itu dapat memberikan perasaan positif pada anak, sehingga mereka berasa lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti bersama.

Dan ia lebih efektif berbanding hadiah yang bersifat kebendaan.

Lantaran itu, adalah sewajarnya anak-anak diberikan pendidikan awal di usia 0-8 tahun.

Pembelajaran itu perlulah lebih banyak membangkitkan motivasi diri,memelihara rasa ingin tahu dan merangsang rasa ingin tahu secara ilmiah.

Sayangnya, ada di antara kita banyak membunuh rasa ingin tahu anak-anak serta dorongan untuk melakukan yang terbaik dengan menjanjikan hadiah kepada mereka.

Budaya Mencintai Ilmu
Budaya Mencintai Ilmu

Kita mendorong mereka berbuat baik kerana mengharapkan dunia, sedangkan kita perlu melatih mereka tentang ikhlas.

Seperti mana yang tertulis di dalam buku Social Psycology hasil tulisan Robert S.Feldman, “hadiah hanya merosakkan motivasi naluri semula jadi anak-anak. Bahkan mendorong mereka menjadi seorang yang tidak berwawasan ketika bekerja suatu hari nanti”.

Walau bagaimanapun, kita perlu memberikan umpan balik kepada mereka berupa perhatian, kasih sayang dan kesediaan untuk meluangkan masa bersama.

Selain itu, bangunkan visi anak sehingga mereka merasa lebih bersemangat untuk belajar, mencari  ilmu dan melakukan banyak perkara baru yang boleh mendatangkan kebaikkan.

Anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorak.

Mereka perlu dibentuk agar menjadi orang yang berguna untuk Negara, bukan rajin belajar kerana inginkan pekerjaan dan gaji yang besar.

Bahkan, bakar semangat mereka agar kelak tangannya mampu menggenggam dunia, tetapi panggilan untuk menolong dan membangunkan agama Allah.

Budaya Mencintai Ilmu
Budaya Mencintai Ilmu

BAGAIMANA MEMBANGUN VISI YANG CEMERLANG ?

Secara mudahnya, (Philip Kotler), merumuskan visi sebagai an ideal standard of excellance iaitu standard ideal yang cemerlang yang secara integral merupakan bahagian dari gambaran mental kita tentang masa akan datang.

Sekiranya cita-cita kita tanpa standard ideal yang cemerlang itu, ia bukanlah sebuah cita-cita tetapi sebuah angan-angan.

Manakala visi pula sekiranya tidak disertai dengan misi yang jelas untuk mencapinya, ia bukanlah sebuah visi. Tetapi fizikal, iaitu sebuah kata-kata kosong.

Apakah pengaruh visi? Mereka yang mempunyai  visi yang besar akan memiliki kepekaan terhadap arah dan tujuan.

Kita lebih mudah menjangkakan apakah yang ia sesuai dengan visi yang ingin kita capai atau tidak, Maka oleh disebabkan itulah, kita tidak mudah terpedaya dengan dugaan-dugaan dan pelbagai pengaruh luar.

Meskipun ia berada di hadapan mata.

Budaya Mencintai Ilmu
Budaya Mencintai Ilmu

Visi besar yang diserapkan dalam diri kanak-kanak haruslah disertai dengan alasan yang kukuh, untuk anak-anak kita melakukannya.

Raison d’etre. Reason for being.  

Ini merupakan sumber motivasi yang boleh menggerakkan anak-anak untuk terus belajar dengan lebih gigih.

Bukankah motivasi merupakan sesuatu yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu?

Oleh itu, sekolah perlu merancng segmen motivasi setiap hari di samping memperuntukkan satu hari, satu motivasi yang lebih mengesankan.

Selain itu, nilai kerohanian yang bersifat integral dapat membentuk integrity anak-anak.

Dua hal ini, kerohanian dan integrity dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak, melahirkan kesediaan untuk menanggung kesan dari tindakan yang kita laukan serta mendorong anak-anak memiliki daya juang yang tinggi.

Kerohanian yang kuat menjadikan apa yang dilakukan oleh anak-anak menjadi lebih bermakna.

Kerohanian yang berlandaskan kepada keyakinan kepada Allah SWT dan hari akhirat, akan melahirkan kesedaran bahawa diri mereka sentiasa diawasi oleh Allah SWT dan para malaikat.

Kesedaran ini merupakan sebahagian daripada ihsan, sekaligus melengkapi integral dan integrity.

Sebagai ibu bapa juga, kita harus memupuk Budaya Mencintai Ilmu dan membaca dalam kalangan anak-anak.

Perkara pertama yang diperlukan untuk memupuk rasa cinta pada ilmu adalah dengan melahirkan budaya membaca.

Ia bukan sahaja dapat membuka pintu-pintu ilmu malah menjadi perkara paling serius  di pelbagai Negara maju.

Misalnya di Singapura, seawall usia 1-5 tahun lagi anak-anak sudah didedahkan dengan media pembelajaran dan menulis.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu merancang corak pembelajaran yang boleh mencipta budaya belajar yang kuat di kalangan murid-murid sekolah.

Di peringkat sekolah rendah, dua perkara yang didedahkan kepada mereka : the basic of knowing dan the basic of knowledge.

The basic knowing lebih tertumpu kepada motivasi, sikap dan perilaku.

Manakala the basic of knowledge pula berkait rapat dengan pengetahuan-pengetahuan asas, seperti bagaimana untuk memahami isi bacaan, menulis dan logic matematik yang diarahkan terutama kepada penguasaan prinsip-prinsip asasnya. Dan bukannya teknik mengira semata.

Kesemua sebab ini sangat penting untuk proses pembelajaran. Untuk menjadi orang berjaya, pupuklah minat & budaya mencintai ilmu sebagai teras dalam pendidikan anak – anak dari sekarang.


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.