...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

Panduan Asas Email Marketing Untuk Newbie

Buat Duit Dengan Blogging

Panduan Asas Email Marketing Bagaimana Untuk Dijadikan Sebagai ‘Mesin Pencetak Wang’ Anda

Asas Email Marketing
Asas Email Marketing

Asas Email Marketing

Asas Email Marketing. E-mail marketing, atau pemasaran melalui e-mel, adalah satu bentuk pemasaran digital yang menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

Ia merupakan salah satu cara paling berkesan untuk membina hubungan dengan pelanggan, mempromosikan produk atau perkhidmatan, dan meningkatkan jualan bagi perniagaan.

Pemasaran email @ Email Marketing adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan.

Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS memasarkan produk mereka dengan pemasaran email. Apabila mereka ada produk yang baru, mereka akan beritahu di dalam email. Secara tidak langsung, maklumat itu sampai terus pada peminat produk jenama ADIDAS dan saya jamin jualan akan melambung tinggi dalam masa yang sekejap.

Email Marketing memberi kita peluang untuk mengumpul individu – individu yang minat produk kita atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai email.

Secara tidak langsung, anda boleh fokus untuk mendidik dan menjadikan mereka sebaga pembeli tegar produk  yang anda cadangkan dari semasa ke semasa.

Contohnya anda memikat pengguna internet untuk subscribe dengan menawarkan ilmu mengenai perniagaan ebay. Dari sini anda akan mendidik mereka untuk berjaya dalam perniagaan ebay dan dalam masa yang sama jika mereka ingin lebih tahu mengenai ebay mereka perlu membeli produk yang anda cadangkan.

Menariknya, niche ebay mengandungi berbagai produk yang boleh di jual. Jadi, anda boleh jual pelbagai produk pada satu senarai email.

Ia sangat menguntungkan.

Bagaimana Email Marketing Berfungsi

E-mail marketing berfungsi dengan menghantar e-mel kepada senarai pelanggan yang relevan dan telah memberi persetujuan untuk menerima kandungan daripada pengiklan atau peniaga.

E-mel yang dihantar boleh mengandungi pelbagai jenis kandungan seperti tawaran istimewa, kupon diskaun, maklumat produk baru, berita terkini, kandungan bermanfaat, atau panggilan tindakan untuk melakukan tindakan tertentu.

Asas Email Marketing
Asas Email Marketing

Teknik Mudah Guna Email Sahaja

Seperti yang kita tahu, autoresponder mempunyai fungsi untuk menyimpan dan menghantar email tertentu pada masa tertentu. Anda boleh simpan kandungan email di autoresponder dan boleh hantar ia pada masa yang anda tetapkan. Jadi, anda boleh jadikan pemasaran email sebagai autopilot iaitu ia berlangsung sendiri tanpa anda perlu mengawasinya selalu.

Anda siapkan siri email untuk satu projek senarai email dan biarkan fungsi autopilot menghantar setiap email pada subscriber. Apabila sudah siap, anda pergi ke projek lain pula. Lakukan proses yang sama iaitu siapkan siri email dan biarkan fungsi autopilot menghantar email.

Jika setiap hari anda siapkan satu projek. Selepas 100 hari, anda sudah ada 100 projek .Yang menariknya 100 projek ini boleh berjalan serentak dan semuanya berjalan secara autopilot. Secara tidak langsung, projek pemasaran email anda sudah jadi mesin wang iaitu wang sentiasa masuk melaui jualan berbagai jenis produk.

Selain menggunakan fungsi autopilot, anda juga boleh gunakan fungsi broadcast email. Broadcast email membolehkan anda untuk menghantar email segera pada senarai email. Ia boleh di gunakan untuk promosi produk pada semua senarai email.

Secara tidak langsung, anda boleh dapat keuntungan yang besar.

Asas Email Marketing
Asas Email Marketing

Kunci Utama Email Marketing

Untuk jadikan teknik pemasaran email anda sebagai mesin wang, anda perlu aktifkan kunci utama. Kunci utama yang di maksudkan adalah hubungan di antara anda dan subscriber anda. Hubungan antara anda dan subscriber perlulah rapat dan ada perasaan percaya subscriber terhadap diri anda.

Jika anda hanya hantar email berbentuk promosi kepada subscriber, mereka akan mula menjauhi email yang anda hantar.

Yalah, siapa nak baca email yang berisi iklan.

Mereka perlukan satu motivasi untuk membaca email anda. Dalam erti kata lain, mereka perlukan sebab kenapa mereka perlu baca email anda. Apabila anda berikan mereka sebab untuk membaca, mereka akan terus membaca sehingga habis. Di sebabkan email anda selalunya istimewa, mereka akan baca dan buka semua email yang anda hantar tanpa ragu – ragu. Apabila mereka sentiasa membaca email yang anda tulis, lama kelamaan mereka akan berminat membeli produk yang anda cadangkan pada mereka.

Anda juga yang akan untung.

Ada dua jenis subscriber iaitu subscriber yang sekadar ingin tahu maklumat yang anda tawarkan dan subscriber yang memang berminat untuk belajar maklumat yang anda tawarkan. Subsriber yang minat untuk belajar mungkin sudah membeli produk anda di awal – awal lagi kerana ingin terus belajar tanpa tangguh – tangguh. Bagi subscriber yang sekadar ingin tahu, mereka perlukan masa untuk jadi seorang pembeli.

Di sinilah email yang anda hantar menjadi peranan.

Untuk pengetahuan anda, dari 100 subscriber yang berdaftar, mungkin hanya 13 orang sahaja yang subscribe kerana ingin membeli apa yang anda tawarkan atau ingin belajar. Selebihnya, mereka sekadar subscribe kerana ingin tahu. Di sebabkan bilangan subscribe yang sekadar ingin tahu adalah banyak, anda perlu didik mereka dengan siri email supaya ambil tindakan untuk belajar.

Jadi, sejak awal lagi, email yang anda hantar perlulah memberi mereka motivasi untuk ambil tindakan atau “take action”. Email yang berkualiti akan membina kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda. Secara tidak langsung, lama kelamaan mereka akan terpikat pada produk yang anda canangkan itu.

Asas Email Marketing
Asas Email Marketing

Proses Email Marketing

Proses e-mail marketing biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:

1. Pengumpulan Senarai E-mel:

Perniagaan perlu mengumpul alamat e-mel pelanggan daripada pelbagai sumber, seperti laman web, formulir pendaftaran, atau pertandingan. Penting untuk memastikan pelanggan memberikan persetujuan untuk menerima e-mel daripada perniagaan.

2. Pengurusan Senarai

Setelah senarai e-mel dikumpulkan, perniagaan perlu menguruskan senarai tersebut dengan baik. Ini termasuk memastikan bahawa maklumat pelanggan dikemaskini dan menyediakan pilihan untuk berhenti berlangganan jika diperlukan.

3. Pemilihan Kandungan

Pilih jenis kandungan yang sesuai dengan tujuan kempen. Apakah anda ingin mempromosikan produk baru, memberikan tips atau maklumat yang berguna, atau sekadar memberikan ucapan sempena peristiwa istimewa, seperti ulangtahun pelanggan.

4. Penghasilan E-mel

Cipta e-mel dengan kandungan yang relevan dan menarik. Pastikan tajuk e-mel menarik perhatian dan memberi gambaran kandungan e-mel.

Gunakan reka bentuk e-mel yang menarik dan mudah dibaca.

5. Penghantaran E-mel

Penghantaran e-mel boleh dilakukan melalui perisian email marketing yang memudahkan proses penghantaran massal. Pastikan e-mel dihantar pada waktu yang sesuai untuk meningkatkan kadar bukaan dan keterlibatan.

6. Pantau dan Tindakbalas

Pantau keberkesanan e-mel marketing anda melalui analitik seperti kadar bukaan, kadar klik, dan kadar konversi. Gunakan maklumat ini untuk memahami apa yang berfungsi dengan baik dan apa yang perlu diperbaiki pada kempen masa depan.

Asas Email Marketing
Asas Email Marketing

Kelebihan Email Marketing

E-mail marketing menawarkan pelbagai kelebihan kepada perniagaan:

1. Menghantar Mesej Terarah

Anda boleh menghantar mesej yang ditargetkan kepada pelanggan yang mempunyai minat atau keperluan tertentu.

2. Kos Efektif

Berbanding dengan cara pemasaran tradisional seperti iklan cetak atau TV, e-mail marketing lebih kos efektif.

3. Mengukur Keberkesanan

Anda boleh dengan mudah mengukur keberkesanan kempen e-mel anda melalui data analitik dan membuat perubahan jika diperlukan.

4. Hubungan Pelanggan

E-mail marketing membolehkan anda membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan dan memastikan mereka terus berhubung dengan perniagaan anda.

Asas Email Marketing
Asas Email Marketing

Kesimpulan

Kesimpulannya, e-mail marketing adalah alat pemasaran digital yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan.

Dengan menyampaikan kandungan yang relevan dan menarik kepada pelanggan yang sedia ada, e-mail marketing dapat membantu meningkatkan jualan dan pertumbuhan perniagaan anda.

Bagaimanapun, adalah penting untuk mematuhi undang-undang privasi dan memastikan pelanggan memberikan persetujuan sebelum menghantar e-mel kepada mereka.


Asas Email Marketing.

Nak Belajar buat email marketing dengan kos bajet?

KLIK BANNER KAT BAWAH!


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.