...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

Panduan Siri Email Yang Memikat Subscriber

Asas Menghasilkan Perniagaan Affiliate Yang Menguntungkan

Email Yang Memikat Subscriber

Email Yang Memikat Subscriber
Email Yang Memikat Subscriber

Email Yang Memikat Subscriber

Seperti biasa, email pertama yang anda patut hantar adalah email “Selamat Datang”. Email ini adalah email pengenalan dan tidak perlu panjang. Dalam email ini cukup sahaja mengandungi

1. Link download untuk produk yang anda tawarkan atau cara untuk dapatkan tawaran istimewa yang anda maksudkan.
2. Cara untuk hubungi diri anda.

Contoh email “Selamat datang”

Assalammualaikum dan selamat sejahtera [FIRSTNAME],

Terima kasih kerana subscribe [Nama squeeze page anda]. Seperti yang saya janjikan, anda boleh dapatkan produk [Nama produk anda]  pada link di bawah.


<< Link produk anda >>


Untuk pengetahuan anda, saya akan terus menghantar email berkaitan dengan [Nama squeeze page anda] di masa akan datang. Anda pasti akan teruja dengan maklumat yang bakal saya beri kerana saya tidak pernah bocorkan ia luar dari senarai email ini.


Jika anda ada soalan untuk di tanya atau ingin menenali diri saya dengan lebih rapat, silakan hubungi saya di:


Cara untuk hubungi anda
Nama anda Signature anda.

Email Yang Memikat Subscriber
Email Yang Memikat Subscriber

Email seterusnya adalah email untuk mendidik, mengajar dan dalam masa yang sama memujuk subscriber untuk membeli produk yang anda cadangkan.

Rancang untuk tulis :

– 7 siri email,
– 5 siri email atau
– 3 siri email.

Email pertama perlu di hantar sehari selepas mereka subscribe atau sehari selepas mereka terima email selamat datang. Email kedua, ketiga dan seterusnya, anda boleh hantar pada mereka selang dua hari atau selang tiga hari. Maklumat yang anda beri melalui siri email perlulah berkualiti tinggi dan ada kaitan antara satu sama lain. Setiap siri email yang anda rancang perlulah menepati tajuk yang anda tetapkan.

Contohnya, anda tetapkan tajuk untuk siri email pertama adalah “panduan asas perniagaan ebay”.

Apa yang anda perlu pastikan adalah siri email yang bakal anda hantar pada subscriber sekurang – kurangnya memberi kefahaman yang jelas pada mereka untuk memulakan perniagaan ebay.

Apabila siri email itu habis pusingannya, anda tetapkan 10 email yang ada kaitan dengan siri email yang anda hantar sebelumnya untuk di hantar pada mereka selang 4 hari atau selang 5 hari. Ini memastikan anda terus ada hubungan dengan subscriber anda.

Jika anda ada siri email yang lain, anda boleh mula hantar yang itu juga. Anda bayar yuran autoresponder, jadi jangan biarkan subscriber anda keseorangan.

Anda perlu terus didik mereka dan jadikan mereka pelanggan tetap anda.

Email Yang Memikat Subscriber
Email Yang Memikat Subscriber

Ciri – Ciri Siri Email Yang Memikat Subscriber

Anda perlu fokus bahawa siri email adalah pemangkin untuk memujuk subscriber membeli produk yang anda cadangkan. Jadi, anda perlu pandai merancang suasana mendesak mereka untuk “ take action “ dan mula membeli. Paling penting, siri email tersebut mestilah ada kaitan dengan produk yang anda hendak promosi pada mereka.

Berikut adalah peringkat permainan emosi yang patut anda lontarkan pada subscriber untuk memikat mereka  membeli apa yang anda jual.

1. Peringkat pertama, anda ceritakan secara asas apa kebaikan yang mereka boleh dapat dari siri email yang anda hantar.
2. Peringkat kedua, anda ajar mereka ilmu berguna dan beri mereka kefahaman untuk menguasai tajuk yang anda tetapkan itu.
3. Peringkat ketiga, anda beri mereka cara untuk ambil tindakan apa yang anda ajar itu.
4. Peringkat keempat, anda beri cadangan cara untuk menambah baik usaha mereka itu.
5. Peringkat kelima, anda cadangkan satu produk untuk mereka beli.

Siri email yang memenuhi lima peringkat di atas pasti akan berjaya memujuk subscriber untuk membeli apa yang anda cadangkan itu.

Nak Tahu Bagaimana Menulis Email Yang Efektif Memukau Pelanggan Tanpa pelanggan sedar dah terbeli produk anda? hehe..saya kongsikan rahsianya link dibawah…

Teruskan membaca…

<< Rahsia Teknik Penulisan Email Memukau >>


Nak Belajar Buat Email Marketing Dengan Kos Bajet?

KLIK BANNER DIBAWAH!


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.