Perhatian Buat Golongan Isteri / Suri Rumah Yang Ingin Menambah Pendapatan Sampingan Hanya Dari Rumah!
Mari Saya Tunjukkan Anda…
Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dan Menjana Pendapatan Sampingan 3 – 4 Angka Sebulan!!
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri secara mudah hanya dari rumah.
Apakah perasaan anda jika anda boleh menjana pendapatan RM200 hingga RM1,000 sebulan…
SECARA SAMPINGAN DAN HANYA DARI RUMAH!
Serba-sedikit.. pasti ianya akan dapat membantu kehidupan anda bukan?
Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sememangnya amat tinggi!
Jika kita hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia sememangnya agak sukar.
Lebih-lebih lagi jika kita turut mempunyai bilangan anak yang agak ramai (lebih dari 2 orang). Harga susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska, yuran transit… semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik setiap tahun.
Jadi, mahu atau tidak… kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga!
Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?..
Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!
1. Kos Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah!
2. Tidak Perlu Terlalu Menjual
Untuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM!
Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga! Jika pelanggan suka, mereka akan order!
3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah!
Kita hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas kita mendapat tempahan sahaja!
Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!
Ya! Memandangkan kita hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, kita masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kita.
Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa.
Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya kita terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!
Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi!
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri. Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.
Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.
Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.
Sekarang! Anda sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi!
Saya sudah sediakan info yang lengkap untuk membantu anda memulakan perniagaan bakeri dari rumah!
Semua info serta perkara yang anda perlu tahu untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah, ada di dalam ebook ini.
Berapakah Harga E-Book Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Ini?…
Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan tidak murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya menjalankan perniagaan bakeri dari rumah sejak 6 tahun yang lalu.
Dengan memiliki ebook ini, ianya akan dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang anda untuk mencuba secara trial-and-error sewaktu ingin memulakan bisnes bakeri dari rumah ini!
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, saya tawarkan ebook ini kepada anda dengan harga cuma RM30 sahaja!
Ya! Jangan terkejut… hanya sekadar RM30 sahaja!
Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini! Boleh klik butang “Dapatkan Sekarang!” dibawah!
Oooops…Nanti Dulu, Jangan Buat Tempahan Lagi.
Saya Ada Bonus Eksklusif Nak Beri Kepada Anda!
Ada 2 buah ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini! Kedua-dua ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi pengetahuan anda dan akan membuatkan anda lebih yakin untuk memulakan perniagaan bakeri dari rumah!
Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!
BONUS #1 : 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHU
Tahukah anda? Untuk tepung sahaja.. terdapat 7 jenis tepung yang perlu anda ketahui untuk membuat bakeri! Setiap jenis tepung mempunyai fungsi dan kegunaannya masing-masing.
Saya akan tunjukkan anda kegunaan bagi setiap jenis tepung tersebut di dalam ebook ini.
Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti bahan penaik, marjerin dan mentega! Untuk bahan mentega pula ada 6 jenis bahan mentega yang berasingan.
Jadi, ketahui semua kegunaan bahan-bahan tersebut di dalam ebook ini!
BONUS #2 : 10 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS!
Aha! Dengan ebook bonus ini, anda sudah tidak perlu risau dan pening kepala lagi memikirkan produk apa yang anda mahu jual untuk bisnes bakeri anda.
Saya kongsikan 10 produk yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dari orang ramai sepanjang masa! Lengkap juga saya beri dengan resepinya sekali. Anda boleh terus cuba buat produk ini selepas mendapatkan ebook panduan bisnes bakeri ini
BONUS #3 : ROTI OH ROTI!
Tidak sah kalau buat bisnes bakeri tetapi tiada roti! Jadi, di dalam ebook bonus yang ketiga ini, semua info berkaitan roti saya terangkan di dalam ebook ini.
Bermula dari bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti!
Resepi 5 jenis roti serta cara membuatnya!
Pantang-larang di dalam membuat roti!
Masalah-masalah yang sering berlaku apabila membuat roti serta bagaimana cara untuk menyelesaikanya.
Apakah bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti menjadi lembut dan gebu? Nak buat roti warna putih? cream atau perang-perang sikit? Semua saya ceritakan di dalam ebook ini!