Tipu Daya Halus Pemaju Perumahan Terhadap Pembeli BUMIPUTERA Dengan Cara Memanipulasikan Diskaun
Tipu Daya Halus Pemaju Perumahan! Adakah pernah @ selalu terjadi apabila anda melawat ke showroom projek perumahan dengan harapan untuk membeli rumah, anda dapati semua unit rumah yang dianggap terbaik atau hot seringkali telah sold out?
Walaupun projek perumahan tersebut baru sahaja dilancarkan pada hari yang sama? Pelik bukan?
Tidak! ia tidak pelik sama sekali! Ingin tahu kenapa? teruskan pembacaan…
Tipu Daya Halus Pemaju Perumahan
Berikut adalah salah satu teknik tipu daya pemaju perumahan yang seringkali digunakan untuk menipu pembeli dari kalangan bumiputra dan juga pihak kerajaan.
Tipu daya halus ini bertujuan untuk memperoleh keuntungan lebih tinggi apabila berjaya menjual unit kuota bumiputra kepada non-bumi dengan harga yang tinggi tanpa rebat.
Usaha ini sekaligus seolah -olah menghalang untuk bumiputra memiliki hartanah & menafikan hak-hak bumiputra seperti termaktub di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia
Disclaimer : Post ini BUKAN untuk menuduh SEMUA atau mana-mana pemaju secara SPESIFIK adalah penipu! Ini adalah perkongsian / coretan 100% oleh saudara Hassan Md Ali.
1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.
2. Baru baru ini saya ke Property Fair di Subang Parade, Subang, Selangor. Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.
Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
– Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.
– Keluasan unit: 700ksp.
– Harga unit: RM1.0 juta.
– Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.
Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.
Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt). Bermakna hanya RM40,000.
Tipu Daya Halus Pemaju Perumahan
3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.
Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.
Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu menyediakan RM40,000 dan lain-lain kos akan ditanggung olih Pemaju.
4. Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan ‘entry cost’ antara bumiputra dan bukan bumiputra, ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.
Seolah-olah kaum bumiputra yg memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.
Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak RM150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.
5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit – unit yg diperuntukan utk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya boleh dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.
Oleh kerana ‘entry kosnya‘ hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit – unit bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato’ supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.
6. Sekali pandang seolah mereka bersama – sama kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira – kiranya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan mainan oleh pemaju.
7. Saya sempat membentangkan kira – kira diatas kpd wakil pemaju hartanah tersebut dan dgn sinis dia menjawab “Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won’t have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung“
<< Home >>