...

Mr Digital Nomad

Blog / Latest News

Cara Pantas Membina Blog Untuk Bisnes Yang Berkesan & Menarik

Website / Blog Untuk Bisnes

Guna Blog / Website Untuk Menjana Pendapatan

Website / Blog Untuk Bisnes
Website / Blog Untuk Bisnes

Blog Untuk Bisnes. Blog adalah medium untuk menunjukkan kehadiran perniagaan anda di dalam talian.

Ianya bukanlah satu ruangan yang digunakan seperti brochure. Sebaliknya, ianya adalah tempat untuk berkongsi kandungan yang berguna.

Sebuah blog perniagaan membolehkan anda untuk membina kredibiliti dengan mempamerkan kepimpinan anda melalui penulisan artikel yang kreatif mengenai topik yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.

Sebuah blog perniagaan haruslah lebih dalam bentuk penajaan berbanding jualan.

– 80% daripada blog perniagaan haruslah khusus kepada perkongsian pengetahuan,
– manakala 20% untuk promosi.

Blog Untuk Bisnes

Blog adalah ruang dalam talian, di mana pekerja boleh berinteraksi dengan pelanggan dan prospek dalam gaya unik mereka sendiri.

Blog perniagaan membolehkan perniagaan itu untuk menunjukkan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki dan membuat perbualan tidak formal bersama pelanggan dan prospek.

Blog perniagaan adalah ibarat satu medium informasi yang memberikan maklumat kepada prospek.

Ia direka untuk memudahkan, lebih cepat dan lebih murah daripada medium pemasaran yang lain.

Mewujudkan Wesite / Blog Untuk Bisnes Yang Berkesan

Pertama sekali anda perlu pilih perkhidmatan penyedia blog yang mudah untuk digunakan dan menawarkan kelebihan yang maksima.

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membangunkan blog di laman web milik perniagaan anda yang sedia ada, selepas memeriksa keupayaan RSS dan fungsi khusus Track-back.

Anda perlu buat keputusan ke atas siapa yang akan menulis untuk blog perniagaan itu.

Pilihan anda termasuk seseorang di dalam syarikat sama ada yang bekerja di dalam syarikat atau pun diupah daripada luar.

Namun begitu, anda harus memastikan bahawa orang itu mempunyai kemahiran menulis yang sopan dan pengetahuan tentang apa yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan dan prospek.

Anda boleh mendapatkan sumber daripada wakil-wakil perkhidmatan pelanggan atau perunding luar.

Pemasar, eksekutif, atau pada dasarnya sesiapa yang mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai produk atau perkhidmatan anda atau mereka yang mempunyai akses secara langsung dengan pelanggan perniagaan juga boleh menyumbangkan khidmat mereka untuk blog perniagaan anda.

Pastikan bahawa blog perniagaan anda mempunyai link di laman web anda.

Ini adalah sangat penting, jika anda benar-benar mahu memacu perniagaan dengan blog anda.

Anda juga boleh menambah pautan blog anda di e-mail.

Pastikan kandungan blog perniagaan sentiasa segar dan dikemaskini sekurang-kurangnya setiap minggu.

Anda perlu memacu usaha anda ke arah mewujudkan kandungan yang unik dan menarik, untuk membangunkan diri anda sebagai seorang pemimpin dan pakar dalam bidang perniagaan anda.

Website / Blog Untuk Bisnes
Website / Blog Untuk Bisnes

Anda harus memastikan bahawa artikel di blog perniagaan anda yang berkaitan dengan perniagaan dan industri anda.

Anda juga perlu memastikan bahawa dalam mana-mana topik yang luas dan relevan, ianya mempunyai kepentingan kepada pelanggan dan prospek anda.

Setiap artikel hendaklah bertujuan untuk menambah nilai kepada pembaca.

Dalam blog perniagaan, menyediakan fungsi ‘RSS’ adalah amat berguna untuk pembaca blog anda.

Anda juga boleh menyediakan supaya pengunjung anda mendaftar untuk menerima posting blog baru melalui e-mel, secara berkala.

Ciri-ciri keahlian membantu anda untuk mengetahui pengunjung ke blog perniagaan anda.

Blog perniagaan yang dibuat dengan cermat merupakan satu medium untuk promosi terhadap perniagaan anda.


<< Home >>


Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.